Skip to main content

Nadi Kampus

Laporan Melakar Hala Tuju SG: Belia beri cadangan, meningkatkan kemampanan, penciptaan pekerjaan, tingkatkan mobiliti sosial

Anggaran Waktu Membaca:
Laporan Melakar Hala Tuju SG: Belia beri cadangan, meningkatkan kemampanan, penciptaan pekerjaan, tingkatkan mobiliti sosial

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 27 Oct 2023 10:44PM Dikemas Kini : 27 Oct 2023 11:00PM
SINGAPURA: Apabila Kavan Tan yang berusia 18 tahun melihat cadangan yang dibuat olehnya serta para pemuda lain mengenai mobiliti sosial dalam Laporan Melakar Hala Tuju Singapura, beliau terkejut dan bahagia kerana pendapatnya diambil kira.

"Sekolah saya sering menjemput berbagai orang-orang yang berkepentingan untuk membicarakan mengenai isu-isu kontemporari di Singapura, tetapi sesi-sesi itu selalunya sesi soal dan menjawab kerana terdapat seorang yang berbicara kepada ratusan pelajar," kata pelajar tahun kedua Institut Hwa Chong itu.

"Tetapi melalui daya usaha Melakar Hala Tuju SG, saya dapat memahami berbagai isu belia daripada latar belakang yang berbeza dengan lebih lanjut dan mencari penyelesaian," katanya.

“Saya ingin tahu bagaimana idea-idea kami yang berbeza akan terbentuk dalam bab pembangunan Singapura yang seterusnya. Kerana sekarang ini walaupun kita mempunyai banyak idea... ia masih dalam peringkat teori dan belum dipraktikkan lagi.”

Pada Jumaat (27 Okt), Timbalan Perdana Menteri Lawrence Wong mengeluarkan laporan hampir 180 muka surat, yang menyenaraikan cadangan dan anjakan dasar utama yang akan dibuat oleh Singapura berdasarkan maklum balas lebih 200,000 rakyat Singapura.

Sekitar 54 peratus daripada mereka yang mengambil bahagian dalam daya usaha Melakar Hala Tuju SG sepanjang 16 bulan di bawah usia 39 tahun. Para belia merupakan majoriti yang terlibat di dalam 275 sesi penglibatan di bawah Melakar Hala Tuju SG.

Cadangan mengenai mobiliti sosial oleh belia Singapura turut dipaparkan dalam laporan Melakar Hala Tuju SG. Ini termasuk:
  • Menggalakkan individu menjadi rakan komuniti untuk membantu keluarga berpendapatan rendah dan meningkatkan akses mereka mendapatkan sokongan
     
  • Mendapatkan perniagaan, seperti bank, untuk menyediakan lebih banyak produk dan perkhidmatan kewangan yang memberi insentif kepada keluarga berpendapatan rendah untuk membina simpanan mereka
     
  • Mendapatkan Pemerintah untuk meningkatkan akses kepada sokongan sosial melalui cara digital, seperti mempertingkatkan portal SupportGoWhere supaya pengguna boleh memohon berbilang skim melalui satu aplikasi

Bercakap kepada media, Encik Wong berkata topik biasa yang dibangkitkan oleh belia termasuk pekerjaan masa depan, kesihatan mental, serta persekitaran dan kelestarian.

Menteri Pendidikan Chan Chun Sing menambah bahawa penyertaan belia semasa daya usaha Melakar Hala Tuju SG amat "menggalakkan".

"Dalam kebanyakkan perbualan yang kami ada dengan mereka, (belia) tidak bertanyakan 'apa yang boleh anda lakukan untuk saya'. Mereka bertanya 'apa yang boleh saya lakukan untuk anda' dan 'apa yang boleh kita lakukan bersama'," kata Encik Chan.

"Golongan muda kita bukan sahaja mencari penyelesaian. Mereka mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaian, dan mereka mempunyai idea. Dan itu saya fikir memberi saya keyakinan yang besar bahawa kita mempunyai masa depan yang cerah di hadapan kita."

CADANGAN BELIA MENGENAI MOBILITI SOSIAL, KELESTARIAN DAN KESENIAN

Encik Tay mengetahui tentang daya usaha Melakar Hala Tuju SG daripada sebuah poster di sekolahnya. Melihatnya sebagai peluang yang baik untuk bercakap dengan belia lain yang mempunyai pemikiran yang sama, remaja itu mendaftar dengan sekumpulan kawan.

"Mempunyai kawan-kawan di sana memberikan anda keyakinan diri," akuinya.

Sebagai seorang yang meminati kesukarelawanan — Encik Tay secara kerap menjadi sukarelawan di hospis sehingga baru-baru ini, sedang dia bersiap-sedia untuk peperiksaan Peringkat 'A' akan datang — dia membuat berbagai cadangan untuk membantu pekerja bergaji rendah.

"Ini adalah topik yang agak sukar diakui, kerana kami adalah pelajar dan tidak begitu berpengetahuan tentang dunia pekerjaan walaupun kami mengenali stereotaip terhadap pekerja bergaji rendah," katanya

Encik Tay juga merupakan salah seorang daripada 20 pelajar yang bekerjasama rapat dengan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga untuk menghasilkan penyelesaian bagi mengukuhkan pengetahuan kewangan di kalangan keluarga berpendapatan rendah semasa daya usaha Melakar Hala Tuju SG.

“Kami sebenarnya menghadapi beberapa halangan pada permulaan yang diketahui apabila kami diberi peluang untuk berkongsi cadangan kami dengan pegawai dari pejabat perkhidmatan sosial,” katanya.

"Idea kami adalah untuk menggalakkan mereka menabung, tetapi kakitangannya sangat berpengalaman dan mempersoalkan sama ada ia perkara yang sesuai untuk memberitahu isi rumah berpendapatan rendah untuk menabung jika mereka hidup mengikut kecukupan seharian," katanya.

"Jadi itu membuatkan kami benar-benar kembali berfikir."

Beginilah cara pasukan itu menghasilkan idea untuk mencipta insentif kewangan untuk keluarga berpendapatan rendah untuk menggalakkan simpanan, seperti wang padanan dolar-ke-dolar yang dimasukkan ke dalam akaun simpanan.

Encik Tay berharap penglibatan sebegitu dengan belia akan berterusan, dan pihak sekolah menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar membincangkan isu kontemporari dengan rakan sebaya mereka.

Penglibatan DPM Wong di sebuah forum belia anjuran Mediacorp pada November tahun lalu semasa sesi maklum balas itu juga menggalakkan bagi pelajar Universiti Pengurusan Singapura (SMU), Pranav Krishna Prasad.

Lelaki berusia 23 tahun itu, yang mengambil jurusan pengurusan strategik dan kemampanan, mendapati jawapan jujur Encik Wong "menyegarkan", terutamanya komennya bahawa usaha kemampanan Singapura kini sedang dijalankan.

“Ia menyegarkan kerana ia menunjukkan bahawa Singapura sedang bergerak ke arah yang betul, bahawa kita tahu masih banyak lagi yang perlu dilakukan,” kata Encik Krishna, yang juga pengasas BuyLeft, yang membolehkan perniagaan menyewakan sebahagian ruang pejabat mereka kepada perniagaan lain.

“Dengan Singapura merapatkan hubungan antara orang ramai dengan Pemerintah, ini benar-benar peluang yang hebat dan ia sesuatu yang menggalakkan untuk melihat apa yang akan datang.”

Memandangkan beliau berharap Singapura menjadi hab kelestarian, Encik Krishna mencadangkan agar Singapura bersedia untuk menguji penyelidikan di sekitar kemampanan dan menggunakan penyelesaian yang mungkin belum terbukti di negara lain.

Beliau juga percaya bahawa Pelan Hijau Singapura 2030 — yang melakarkan sasaran Singapura untuk pembangunan mampan menjelang 2030 — boleh dipercepatkan. Salah satunya ialah untuk mempertingkatkan infrastruktur kenderaan elektrik.

Anna Kwa, 21 tahun, seorang pelajar tahun pertama psikologi di Universiti Teknologi Nanyang, menghadiri dialog pada September 2022, yang membincangkan topik mengenai tekanan akademik dan prospek pekerjaan.

"Perbualan tentang masa depan dan prospek pekerjaan mencerminkan kebimbangan tulen yang dikongsi oleh ramai peserta... ia mencerminkan sentimen yang lebih luas bagi generasi yang mengemudi pasaran pekerjaan yang berkembang pesat," katanya.

Cik Kwa menambah bahawa perbualan ini menarik perhatiannya sebagai seorang pelajar.

Selain itu, beliau berharap lebih banyak dapat dilakukan untuk terus mengembangkan persada seni tempatan.

“Seni mempunyai kuasa unik untuk mencerminkan, mencabar dan memberi inspirasi. Untuk mencapai matlamat ini, saya percaya bahawa perlu ada usaha berterusan dalam memupuk budaya yang menghargai dan melabur dalam seni,” katanya.

"Ini termasuk sokongan berterusan untuk pendidikan artistik, ruang yang boleh diakses untuk ekspresi kreatif, dan inisiatif yang menggalakkan kerjasama antara artis dan komuniti yang lebih luas."
Sumber : CNA/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita