Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Kumpulan tarian NUS Ilsa Tari antara yang bakal meriahkan Pesta Muara 2022 hujung minggu ini

Anggaran Waktu Membaca:
Kumpulan tarian NUS Ilsa Tari antara yang bakal meriahkan Pesta Muara 2022 hujung minggu ini

(Gambar: NUS Ilsa Tari)

Diterbitkan : 03 Nov 2022 09:21PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 09:22PM
SINGAPURA: Gerak geri berseri-seri, nilai murni dihidupkan dalam tari. Rindu menonton tarian Melayu secara fizikal? Maka jangan dilepaskan peluang ini!

Ilsa Tari, sebuah kumpulan tarian Melayu dari Universiti Nasional Singapura (NUS) di bawah naungan Pusat Seni NUS (CFA), akan turut serta dalam Pesta Muara acara terbitan Era Dance Theatre (EDT) di Esplanade hujung minggu ini.
Ilsa Tari akan mempersembahkan pelbagai repertoir tarian Melayu yang tersendiri, yang antara lain termasuk Terendakku, Desaku Permai dan Piring di pentas Concourse.

Persembahan Ilsa Tari akan berlangsung pada 4, 5 dan 6 November, pukul 7.00 dan 8.00 setiap malam. Repertoir yang akan dipersembahkan masing-masing menyerlahkan nilai-nilai murni yang disanjungi menerusi penceritaan yang menarik.

Di samping itu, Ilsa Tari juga diberi ruang di pentas utama di Outdoor Theatre, pada 6 November pukul 3.00 petang, untuk menonjolkan sebuah ragam tarian Melayu yang berbentuk kontemporari.

Ragam ini merupakan sedutan daripada pementasan tahunan
Ilsa Tari awal tahun ini yang bertajuk Rintihan Buana.

Pendek kata, pementasan itu cuba membincangkan isu pemusnahan alam di tangan manusia serta ketidakpedulian manusia dalam hal ini.

Dengan bimbingan tutor dan koreografer Osman Abdul Hamid, Ilsa Tari kekal bereksperimentasi dengan kedua-dua tarian Melayu tradisional dan kontemporari.

Kumpulan ini tetap melestarikan tradisinya dalam mengeluarkan persembahan tarian Melayu yang bukan sahaja menarik tetapi juga mengundang penonton untuk menganjakkan paradigma.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa