Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Kisah Diriku

Anggaran Waktu Membaca:
Kisah Diriku

Gambar hiasan. (Gambar: Louis Galvez/Unsplash)

Diterbitkan : 10 Dec 2022 09:25PM Dikemas Kini : 10 Dec 2022 09:26PM
Aku Nasirah. Aku adalah seorang kakak berusia sebelas tahun. Aku harus menjaga adik-beradikku. Sebagai anak sulung, aku juga harus menolong ibuku membuat kerja rumah seperti mencuci pinggan mangkuk dan vakum rumah. Tambahan pula, aku juga seorang pengawas di sekolah. Tanggungjawab pengawas ialah untuk tiba awal di sekolah supaya aku dapat menjalankan tugas aku tepat pada masanya.

Jadi pada hari yang aku ada tugas, aku harus bangun lebih awal. Kesimpulannya sebagai pengawas dan kakak, aku sangat penat dengan tugasan-tugasan yang diberikan kepadaku.

Keadaan di rumah bagai ribut taufan yang melanda sepanjang masa. Kadang-kadang, aku bergaduh dengan adik-beradikku. Adikku akan menangis apabila dia ditumbuk oleh aku. Sebenarnya, aku tidak suka bergaduh dengannya kerana aku sayanginya. Sepatutnya, dia harus pelajari yang dia tidak harus mengganggu aku kerana aku akan berasa sangat jengkel terutamanya semasa waktu peperiksaan. Apabila bermain bersama adik-beradikku, mereka suka menjerit. Jeritan mereka akan menambahkan keributan dalam rumahku. Selepas bermain, rumahku berantakan kerana mainan adikku sentiasa bersepah di lantai. Mereka malas mengemas!

Sekali-kala, bapaku akan vakum rumah dengan vakum besar dan ia sangat bising; lebih bising daripada bunyi televisyen. Apabila kami sekeluarga menonton wayang di televisyen pada waktu malam, bapaku akan kuatkan kelantangan televisyen. Aku semakin bingit!

Aku tiada tempat untuk meluahkan perasaan-perasaanku. Itulah sebabnya aku suka menulis dalam diariku untuk meluahkan perasaanku. Aku sering terfikir bahawa tiada orang yang kisah tentang perasaanku. Aku selalu kesunyian! Akibatnya, aku suka menghabiskan sebahagian besar masaku bersendirian. Aku tidak suka berkawan kerana aku berfikiran yang itu akan mengganggu pelajaranku. Dengan perasaan ini dalam diriku, aku cuba menunjukkan wajah yang berbeza di luar. Aku cuba kuatkan semangat tetapi kadang-kala aku tidak berdaya. Aku berasa sunyi kerana aku tiada tempat untuk mengadu.

Kesepian, adalah api,
yang aku pegang dengan kulitku,
untuk melihat berapa banyak kesakitan
yang aku boleh tahan,
sebelum aku berlari ke arah air yang sejuk,
agar aku tenang semula


Suatu hari, ibu aku terlihat dalam diari aku. Titisan air matanya jatuh ke pipinya. Untuk ceriakan diriku dari kesepian, ibu aku belanjakan aku ais krim waffle. Ibu aku juga menasihatkanku agar selalu membaca Al-Quran dan berdoa supaya Allah s.w.t. menolongku dalam perjalanan hidup yang mencabar ini.

Kini, aku lebih tenang. Rupanya hidup ini memang penuh ujian, penuh keributan dan cabaran. Kita perlu bijak menghadapinya dengan tabah dan sabar agar keributan itu berlalu dengan senang. Ingatlah, bukan kita seorang yang dalam kesusahan. Kuatkanlah semangat!

Bak kata pepatah;
berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian;
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.


CETUSAN KARYA:
Sajak ini adalah sentuhan ilham pemenang tempat pertama pertandingan Hadiah Sulam Kalam anjuran PERBAYU NIE/NTU bagi peringkat sekolah rendah.
Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan