Kedai gula-gula SGFR Store himpunkan lebih 500 belia tunai solat tarawih di Masjid Al-Islah
Anggaran Waktu Membaca:

Lebih 500 belia menyertai acara #Terawih4Youth3, yang kembali dianjurkan buat edisi ketiga, pada Sabtu (22 Mac). (Gambar: Syady)
SINGAPURA: Lebih 500 belia menyertai acara #Terawih4Youth3, yang kembali dianjurkan buat edisi ketiga, pada Sabtu (22 Mac).
Acara itu merupakan anjuran SGFR Store, sebuah kedai yang cukup dikenali dalam menjual gula-gula dan minuman 'trendy', dengan kerjasama MudaSG dan Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).

Dimulakan pada bulan Ramadan 2024, acara #Terawih4Youth3 ingin mengajak anak muda berjinak-jinak di masjid dan menunaikan solat tarawih sepanjang bulan Ramadan.
Acara tersebut yang dirintis tahun lalu di Masjid Asyafaah dan Masjid Al-Islah, mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Lebih 1,000 belia secara keseluruhannya menghadiri kedua-dua acara itu.
Untuk menarik minat belia, khususnya mereka yang menunaikan solat tarawih di masjid buat pertama kalinya, SGFR Store cuba menjadikan pengalaman itu lebih menarik.
Antara kelainan yang ditampilkan dalam acara #Terawih4Youth3 kali ini termasuk sebuah segmen kuiz yang dikendalikan untuk menguji pengetahuan belia tentang bulan Ramadan.

Selain itu, acara tersebut turut menawarkan aneka minuman Quench, iaitu produk minuman aiskrim keluaran SGFR Store sendiri, secara percuma bagi semua jemaah.
LEBIH DARIPADA SEKADAR JUAL GULA-GULA, SGFR STORE INGIN MANFAATKAN PENGARUH BINA KOMUNITI BERMAKNA
Ditanya mengenai peranan SGFR Store dalam menganjurkan acara tarawih sedemikian sedangkan ia sebuah kedai gula-gula, Pengasas SGFR Store, Mohamed Haikkel Firdhaus berkata: "Kami percaya yang kami bukan sekadar menjual produk, tetapi membina masyarakat bermakna di sekeliling kami."

"SGFR bukan sahaja sebuah kedai - ia satu wadah, di mana pengalaman, inspirasi dan rangkaian tercetus," jelasnya kepada BERITA Mediacorp.
Memandangkan usianya tidak jauh daripada belia tersebut, Haikkel, 22 tahun, akur bahawa ia bukanlah sukar untuk berhubung dengan mereka dan lantas, beliau menyedari tanggungjawabnya untuk menjadi teladan yang baik bagi mereka.
Bagi acara #Terawih4Youth3 misalnya, beberapa peran contoh dipilih rapi untuk ditampilkan dalam acara itu selain Haikkel sendiri. Antaranya termasuk pengasas Therapin, Khai Irfan dan pengasas Cheekies, Nabill Shukry.

"Belia hari ini ingin tahu tentang keusahawanan, kepimpinan, dan identiti — jadi kami membawa individu yang mewakili semua itu, tetapi dalam cara yang mudah untuk berhubung dengan dan bukan dibuat-buat," ujar Haikkel.
#TERAWIH4YOUTH3 TEKAD JADIKAN BELIA LEBIH SELESA IMARAHKAN MASJID SEPANJANG RAMADAN
Para peserta acara #Terawih4Youth3 rata-rata mengalu-alukan agar usaha itu diteruskan setiap Ramadan. Antaranya termasuk Putri Nor Adiirah.
"Saya berasa teruja menghadiri #Terawih4Youth3 kerana ia membawa kelebihan kepada orang muda untuk beribadah bersama dan mendalami agama, selain mengenali rakan baharu lain," jelas gadis berusia 18 tahun itu.
Adam Muriz pula, berkongsi bahawa dia menanti-nantikan penganjuran acara tersebut setiap kali tibanya Ramadan, memandangkan pengalamannya menghadiri acara edisi sebelumnya amat menyeronokkan.
"Anda dapat solat bersama, kemudian dapat hadiah - minuman Quench - pula," kata budak berusia 12 tahun itu dengan selamba.
Ditanya apa yang diharapkan daripada penganjuran acara #Terawih4Youth3, Haikkel berkongsi: "Kami harap peserta raih kenangan manis, terutama sekali mereka yang hadiri tarawih buat pertama kalinya. Lebih daripada itu, kami harap mereka bertambah selesa untuk mengimarahkan masjid, sambil membuat rakan-rakan baharu."
Dengan adanya semakin banyak sokongan terhadap penganjuran #Terawih4Youth3 daripada pelbagai lapisan masyarakat, Haikkel merancang untuk menjadikannya satu acara tahunan dan mengadakannya di lebih banyak masjid.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.