Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

JODOH DALAM BAHASA: Inisiatif kenali bahasa Ibunda SG

Anggaran Waktu Membaca:
 JODOH DALAM BAHASA: Inisiatif kenali bahasa Ibunda SG

Poster acara yang dipanggil "Jodoh Dalam Bahasa", anjuran NTU Perbayu dengan kerjasama Kelab Clear NIE dan Kelab Bahasa Tamil NIE. (Gambar: NTU Perbayu)

Diterbitkan : 05 Feb 2025 12:15AM Dikemas Kini : 05 Feb 2025 12:22AM
SINGAPURA: Pada 7 Februari nanti, Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu NTU/NIE, (PERBAYU) akan menjalankan acara Jodoh Dalam Bahasa, atau dalam Bahasa Inggeris, Match Made in Language.

PERBAYU bekerjasama dengan Kelab Clear Institut Pendidikan Nasional (NIE) dan Kelab Bahasa Tamil NIE untuk menjayakan acara itu.
Poster acara yang dipanggil "Jodoh Dalam Bahasa", anjuran NTU Perbayu dengan kerjasama Kelab Clear NIE dan Kelab Bahasa Tamil NIE. (Gambar: NTU Perbayu)
Poster acara yang dipanggil "Jodoh Dalam Bahasa", anjuran NTU Perbayu dengan kerjasama Kelab Clear NIE dan Kelab Bahasa Tamil NIE. (Gambar: NTU Perbayu)
Inisiatif tersebut merupakan peluang bagi mahasiswa dan mahasiswi NTU dan NIE untuk mengajar Bahasa Ibunda mereka kepada seseorang yang tidak fasih dalam bahasa tersebut. Pada masa yang sama, peserta akan dapat belajar bahasa baharu tanpa tekanan bahawa mereka sedang diuji.

Berasaskan konsep ‘blind dating’, di mana seseorang tidak mengenali pasangan mereka, peserta akan ‘dijodohkan’ secara rambang dan dapat berkenalan melalui perbualan serta permainan bahasa dan budaya.

Sebagai sebuah negara berbilang kaum dan agama, kebolehan bertutur dalam lebih daripada dua bahasa (selain Bahasa Ibunda dan Bahasa Inggeris) memberi kelebihan untuk berkomunikasi dengan pelbagai bangsa, sekali gus mengeratkan hubungan antara masyarakat.

Keputusan untuk bekerjasama dengan kelab-kelab berlainan bahasa pula didorong hasrat dan matlamat yang sama iaitu sebagai usaha untuk melestarikan bahasa rasmi Singapura.

PENTINGNYA MERAIKAN, MEMAHAMI PELBAGAI BAHASA

Kecanggihan teknologi telah meluaskan dan mendedahkan kita kepada kepelbagaian dalam masyarakat.

Mengekalkan keharmonian antara kaum amat penting dalam memastikan fabrik sosial masyarakat tidak terhakis dan keamanan negara berbilang bangsa dan kaum terus terpelihara.

Memahami pelbagai bahasa di Singapura amat penting kerana membolehkan masyarakat berinteraksi dengan lebih banyak orang daripada pelbagai latar belakang. Dengan itu, saling menghargai kaum lain, terutamanya bagi anak muda masa kini yang beruntung dapat hidup dalam sebuah masyarakat yang nyaman dan saling memahami.

Kepelbagaian inilah yang membantu masyarakat bekongsi pengetahuan, meningkatkan sifat sensitif dan pelestarian bahasa ibunda dalam generasi muda supaya Singapura kekal maju sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaum.

"JODOH DALAM BAHASA" BINA JARINGAN HUBUNGAN

“Jodoh Dalam Bahasa” adalah satu inisiatif bagi masyarakat muda kekal aktif dalam mengenali dan menghargai pelbagai kaum di Singapura.

Seperti yang dikongsi Ketua Bahasa Perbayu, inisiatif sedemikian “dapat memastikan Singapura kekal unik dalam cara mereka menjalani kehidupan yang harmoni walaupun berbeza kaum, bahasa dan agama. Kesedaran tentang peri pentingnya mengekalkan hubungan yang harmoni ini lebih lagi mendesak dalam dunia di mana kecaman dan keganasan mudah diluahkan.”

Lantas, acara pada 7 Feb berharap dapat meningkatkan minat dalam kalangan anak muda supaya berani dan gigih melestarikan Bahasa Ibunda serta membuka minda mereka kepada bahasa-bahasa baharu. Bahasa merupakan jambatan antara dunia yang berbeza serta kunci bagi mengekalkan budaya, legasi dan warisan.

MENGENAI PENULIS:
Alya Afiqah Azman (tengah). (Gambar: NTU Perbayu)
Alya Afiqah Azman merupakan mahasiswi NTU Tahun 2 dalam jurusan Pengajian Psikologi dan Linguisi dan Berbilang Bahasa. Beliau berkhidmat dalam Persatuan Bahasa dan Budaya Melayu (Perbayu) NTU dalam pernanannya sebagai Ketua Bahasa.
Sumber : BERITA Mediacorp/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan