Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Isu kesihatan mental tumpuan utama Projek Jalinan 2023

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Seramai 100 sukarelawan belia menjayakan majlis iftar bagi meraikan 50 penerima bantuan, sekali gus menggulung program ArtsAlive di bawah Projek Jalinan 2023.

Program ArtsAlive merupakan salah satu program bagi kempen yang memberi tumpuan kepada isu-isu kesihatan mental dan dijalankan selama empat minggu dari 4 Mac hingga 31 Mac. Ia dianjurkan oleh kumpulan seni tempatan, Variasi, dengan kerjasama para belia dari Muda.sg.

Majlis iftar itu turut diserikan dengan kehadiran Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan merangkap Undang-undang Rahayu Mahzam.

--

Para penerima bantuan yang mengikuti ArtsAlive, yang sebahagian besarnya adalah remaja, diberi peluang untuk menyertai bengkel-bengkel seperti lukisan batik dan terapi tarian serta drama.

Tujuannya adalah untuk membantu mereka membina kemahiran-kemahiran sosial, mengatasi tingkah laku, mengurangkan tekanan dan meningkatkan keyakinan diri masing-masing.

PROJEK JALINAN 2023 PERJUANG ISU KESIHATAN MENTAL

Antara tujuan Projek Jalinan 2023 adalah untuk menawarkan sokongan moral kepada para penerima bantuan dan keluarga mereka - berkaitan isu-isu masalah mental dan kemurungan.

Dengan menyediakan ruang dan peluang bagi para penerima bantuan meluahkan dan berkongsi kreativiti masing-masing, ia sekali gus membantu dalam kesihatan mental mereka.

--

Pengerusi Projek Jalinan, Encik Md Nurman Selamat berkata bahawa beliau berharap inisiatif yang dijalankan itu dapat membangkitkan semangat para belia yang mengalami masalah kesihatan mental.

"Walaupun tidak seberapa, kita berharap ia dapat membantu para belia di luar sana dengan memberitahu mereka bahawa ada juga organisasi yang ingin membantu mereka.

"Isu-isu masalah mental dan kemurungan menjadi tumpuan tahun ini kerana kami berpendapat bahawa para belia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati mereka dan membantu mereka menangani masalah kemurungan dan keresahan mereka," ujar Encik Nurman kepada BERITAmediacorp.

JALIN HUBUNGAN MUHIBAH BELIA, MASYARAKAT

Projek Jalinan 2023 sudah mengembangkan sayapnya dari sebuah projek perintis ke sebuah program ACE, yang juga dikenali sebagai 'Advocacy & Community Engagement', di mana para belia diberi peluang menganjurkan program kemasyarakatan can kesukarelawanan bagi memanfaatkan Masyarakat setempat. Ini termasuk tema pada tahun ini iaitu Mekar Mentari.

"Ini selaras dengan fokus kami - Isu Kesihatan Mental. Kempen ini sudah bermula sejak awal Mac yang lalu bagi memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa pentingnya untuk kita tahu lebih dalam tentang Isu ini termasuk pengesanan awal dan bagaimana untuk menyokong para pesakit," Pengerusi Variasi, Raja Hamzah Raja Zulkifli, memberitahu BERITAmediacorp.

--

Selain itu, kempen di bawah Projek Jalinan membantu menjalin hubungan muhibah antara golongan belia dengan masyarakat, khususnya para penerima bantuan.

"Projek Jalinan akan terus memberi wadah kepada para sukarelawan menyumbang tenaga kepada masyarakat dengan kerja-kerja kemasyarakatan serta berinteraksi kepada penerima bantuan dengan lebih baik.

"Variasi juga akan merapatkan golongan belia dengan masyarakat melalui program-program seni dan program masyarakat. Variasi ingin mempromosikan semangat kesukarelawanan dalam kalangan belia," kata Raja Hamzah lagi.

Inisiatif Projek Jalinan yang masuk tahun keempat itu disokong oleh Club HEAL, Muda.sg, Our Singapore Fund, Yayasan Hong Leong dan Organisasi Akar Umbi Bukit Batok.
 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan