Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

Irama klasik filem Melayu lama bergema di Pusat Seni Aliwal 15 Okt

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pisah hanyalah di mata, namun kenangan lama tetap dekat di jiwa. Jika anda rindu dengan irama klasik daripada filem-filem Melayu lama, usah khuatir! 

Rentak, sebuah kumpulan perkusi di bawah Kelab Bahasa dan Budaya Melayu dari Universiti Pengurusan Singapura (SMU MLCC) bakal mengadakan produksi muzikal mereka yang kedua, Sidang Dendang: Pisah Hanya Di Mata, pada 15 Oktober 2022 di Pusat Seni Aliwal. 

SMU MLCC Rentak akan memperkenalkan repertoir yang baru sambil memberi penghormatan kepada muzik filem klasik Melayu. 

Sejak penubuhannya pada 2016 sebagai salah satunya kumpulan perkusi Melayu di peringkat pengajian tinggi, SMU MLCC Rentak sudah berkembang dengan pesat dari segi kemahiran dan saiz. 

Dengan bimbingan Riduan Zalani dan Nizarfauzi daripada Nadi Singapura, serta sokongan yang berterusan daripada Universiti Pengurusan Singapura, mereka dapat memupuk minat terhadap perkusi Melayu dan irama tradisional Melayu antara anak-anak muda zaman kini. 

Anda masih boleh mendapatkan tiket anda di smu.sg/sidang22tickets

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan