Skip to main content

Nadi Kampus

Ibu mulakan persiapan awal untuk sediakan anak istimewa masuk darjah satu di sekolah aliran biasa

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Penggal baharu persekolahan bermula pada minggu hadapan.

Ibu bapa sibuk membuat persiapan saat-saat akhir bagi memastikan anak mereka bersedia, bukan sahaja dari segi kelengkapan persekolahan, tetapi juga secara mental dan kemahiran hidup.

Namun keadaannya lebih mencabar bagi ibu yang mempunyai anak berkeperluan khas Nurshiella Saari, 28 tahun.

Ini lebih-lebih lagi kerana anaknya Muhammad Rayyan, enam tahun, akan memasuki Darjah Satu (P1) di Sekolah iaitu sebuah sekolah aliran biasa.

Muhammad Rayyan mempunyai sindrom Treacher Collins iaitu kelainan genetik langka yang menyebabkan gangguan pertumbuhan tulang dan struktur wajah.

Akibatnya, Muhammad Rayyan, mengalami masalah pendengaran dan pertuturan.

Cik Nurshiella, seorang ibu tunggal, berkongsi dengan wartawan Danish Aiman mengapa beliau memilih sekolah biasa untuk anaknya dan persiapan yang harus dilakukan.

PILIH SEKOLAH ALIRAN BIASA

Ibu bapa Kanak-kanak berkeperluan khas yang akan memasuki darjah satu boleh menghantar anak-anak mereka ke sekolah-sekolah pendidikan khas (SPED) atau sekolah rendah aliran biasa.

Cik Nurshiella memilih untuk menghantar Muhammad Rayyan ke Sekolah Rendah Yishun.

"Setelah dia mengikuti program campur tangan awal, guru di Pusat Rainbow telah memberi maklum balas kepada saya bahawa beliau melihat potensi anak saya untuk pergi ke sekolah aliran biasa dan saya yakin bahawa anak saya boleh pergi ke sekolah biasa," kata Cik Nurshiella kepada Danish Aiman.

Namun ada pihak yang mempersoalkan keputusan beliau itu.

"Mereka akan kata saya terlalu memaksa, saya tidak boleh terima anak saya sebagai anak istimewa. Itu terkesan sebagai seorang ibu tetapi untuk saya, saya hiraukan segala negatif dan saya ingin anak saya rasa yang dia ini tidak seperti dia lain," luah beliau.

Pakar Terapi Kanan NTUC First Campus Cik Shamiah Bafadhal penting bagi para ibu bapa untuk memilih sekolah yang sesuai dengan kebolehan kanak-kanak istimewa mereka.

"Kanak-kanak ini harus hadiri sekolah yang sesuai dengan tahap mereka dan apabila mereka di sekolah rendah mereka harus prihatin dengan keadaan anak mereka sewaktu mulakan sekolah dan mereka juga harus perhatikan jikalau ada tekanan emosi yang mungkin berlaku," kata Cik Shamiah.

PERSIAPAN LEBIH AWAL

Menurut Cik Nurshiella, persiaapan untuk menyediakan Muhammad Rayyan untuk memasuki darjah satu dimulakan kira-kira lapan bulan yang lalu.

c

"Untuk Rainbow Centre, dia bermula pada bulan Mei. Jadi sepanjang tempoh itu, mereka bantu dari segi sokongan pembangunan. Tambahan pula, kita pun ada program penjagaan di rumah kerana dia sudah tamat pengajian, kita ada program penjagaan di rumah di mana saya perlu berlatih di rumah untuk membantu (proses) peralihan dengan lebih lancar," kata beliau.

Cik Nurshiella menambah bahawa program itu turut mempersiapkan anaknya untuk persekitaran yang baharu.

"Membawa anak saya pergi keluar secara kerap untuk dia nampak sekeliling dan merasa macam tempat-tempat yang ramai (orang) jadi dia tidak rasa terkejut. Semasa orientasi darjah satu, dia menangis kerana terlalu ramai orang tetapi selepas saya nampak dia dapat mengadaptasi dirinya dengan kanak-kanak lain, dia dapat ikut guru dia di sekolah baharu itu. Itu yang buat saya rasa sedikit lega.

PILIHAN SEKOLAH BERDASARKAN KEBOLEHAN AMAT PENTING

Cik Shamiah Bafadhal menasihati agar perkembangan Muhammad Rayyan di sekolah dipantau dengan rapi.

i

Apabila mereka di sekolah rendah mereka harus prihatin dengan keadaan anak mereka sewaktu mulakan sekolah dan mereka juga harus perhatikan jikalau ada tekanan emosi yang mungkin berlaku kerana mereka memasuki sekolah yang lebih dari kebolehan mereka. Kadang kala program seperti sokongan pembelajaran di sekolah rendah, pegawai keperluan pendidikan khas (Pegawai SEN) di sekolah rendah juga dapat membantu mereka.

Cik Nurshiella berharap para ibu bapa dengan anak-anak istimewa agar tidak ragu-ragu untuk mendapatkan nasihat pakar untuk menilai potensi sebenar anak-anak mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita