Filem 'Jalan Saloma Padi' arahan graduan Politeknik Ngee Ann ditayangkan di Itali
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semasa menuntut di Politeknik Ngee Ann, Muhd Zulqarnain Shah menghasilkan sebuah filem berjudul 'Jalan Saloma Padi' sebagai projek tahun akhirnya bagi pengajian dalam Filem, Bunyi dan Video.
Filem itu mengisahkan hubungan antara seorang anak dengan bapanya yang bergelut dengan penyakit nyanyuk.

Zulqarnain menulis sendiri skrip filem tersebut dan turut mengarah lakonan serta penceritaan visualnya.
Tanpa disangka-sangka, filem dalam Bahasa Melayu itu menembusi layar Itali bagi Festival Filem Asia Pramana.
Festival tersebut memilih dan menampilkan filem terbitan bebas untuk memberi suara kepada pengkarya yang mendorong penonton merenung kehidupan melalui medium perfileman.

"Alhamdulillah, sangat terharu dan tidak sangka dapat dipilih (untuk menyertai) Festival Filem ini. Rasanya macam satu pengiktirafan yang besar (bagi) pembikin filem yang muda," luah Zulqarnain kepada wartawan Syazwani Sanep.
"Kadang kita rasa cerita kita ini 'kecil' saja atau mungkin tak cukup bagus tapi pemilihan ini memberi saya keyakinan yang cerita peribadi dan tempatan kita pun ada nilainya," tambahnya.

Edisi keempat Festival Filem Asia Pramana yang berlangsung selama tiga hari hingga Ahad (21 Dis), menampilkan 31 filem dari 15 negara Asia dan sebanyak tiga penyertaan terpilih dari Singapura.
BELANJA KOS 5 ANGKA UNTUK TERBITKAN FILEM
Dedikasi Zulqarnain, 23 tahun, untuk menerbitkan filem 'Jalan Saloma Padi' ternyata cukup luar biasa.
Misalnya, pemilihan barisan pelakon utama dihadkan kepada tiga orang sahaja bagi menghidupkan penceritaan yang sarat emosi secara lebih berkesan.
Salah seorang pelakon yang dipilihnya ialah pelakon asal Indonesia, Reuben Elishama Hadju.

"Proses pemilihan pelakon kami dibuat secara uji bakat. Apa yang saya cari bukan sekadar kebolehan berlakon, tetapi 'chemistry' serta pemahaman terhadap watak yang tidak banyak bercakap tetapi penuh emosi," jelas Zulqarnain, yang percaya jalan cerita filemnya banyak bergantung pada ekspresi mata.
Bukan itu sahaja. Pembikinan filem 'Jalan Saloma Padi' yang berdurasi kira-kira 20 minit itu memerlukan kos mencecah lima angka.
Kos tersebut meliputi penggambaran selama enam hari, dengan waktu kerja sekitar 12 jam sehari melibatkan 25 kru, selain kerja pasca penerbitan.
Menurut Zulqarnain, perbelanjaan itu ditampung menggunakan wang simpanannya bersama enam rakan pembikin filem, hasil kerja sambilan yang dilakukan ketika masih menuntut di politeknik.
FILEM BELUM DAPAT DITAYANGKAN KEPADA UMUM
Malangnya, filem Jalan Saloma Padi masih belum dapat ditayangkan kepada orang ramai.
Sudah tiga tahun Zulqarnain berusaha memuktamadkan penerbitan filemnya tetapi usahanya antara lain akibat gagal mendapatkan kelulusan untuk menggunakan lagu pilihannya.
"Pada awalnya, kami berhasrat untuk menggunakan lagu P. Ramlee yang sangat ikonik dan menyamai jiwa cerita ini. Namun, proses mendapatkan kelulusan hak cipta sangat rumit dan akhirnya permohonan kami untuk menggunakan lagu ini tidak diluluskan," cerita belia itu.
"Daripada menyerah, kami mengambil keputusan untuk mencipta muzik latar asli sepenuhnya," tambahnya.
Untuk menghasilkan lagu tersebut, Zulqarnain bekerjasama dengan komposer dari Malaysia, Gabriel de Leon, yang berpengalaman menggubah muzik untuk filem serta rancangan realiti televisyen di Hollywood.
Lagu itu kemudian dibawakan artis Melayu tempatan iaitu Shazza, Wirda Hanee dan Ahmadul Amin.
"Cabaran ini mengajar saya bahawa hasil kerjasama dengan anak seni tempatan bukan sahaja mampu menyelamatkan projek ini, malah memberikannya identiti dan jiwa yang unik sekali gus menjadikan filem ini lebih peribadi dan istimewa daripada apa yang kami bayangkan," ujar Zulqarnain.

'Jalan Saloma Padi' dijangka dapat akhirnya ditonton ramai bermula tahun depan.
ZULQARNAIN SUDAH BUKA RUMAH PRODUKSI SENDIRI
Pengalaman menerbitkan 'Jalan Saloma Padi' bagaimanapun tidak melunturkan semangat Zulqarnain untuk terus berkarya dalam industri perfileman.
Beliau bahkan baru membuka syarikat produksi kreatif sendiri yang dinamakan 'thatslabsstudios'.
"Saya berharap Jalan Saloma Padi dapat menjadi menjadi permulaan untuk saya menghasilkan lebih banyak filem pada masa hadapan," kata Zulqarnain.
Di Festival Filem Asia Pramana, 'Jalan Saloma Padi' ditayangkan kepada khalayak umum secara percuma di Dewan Panggung Universiti Reggio Calabria ‘Mediterranea’ serta Cine Teatro Metropolitano di Itali.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.