ePustaka: Zee Wannabe: Doktor Meow Paling Purr...fect!
Komik ini mengisahkan kehidupan Zee, seorang kanak-kanak perempuan manja yang berasal daripada keluarga berada.
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Komik ini mengisahkan kehidupan Zee, seorang kanak-kanak perempuan manja yang berasal daripada keluarga berada.
Dunia kecilnya yang sempurna mula menjadi huru-hara apabila ibunya membawa pulang seekor kucing diva bernama Lala.
Daripada enggan berkongsi barang peribadi - apatah lagi dengan seekor kucing - Zee akhirnya berubah menjadi seseorang yang bukan sahaja menerima kehadiran Lala, malah mula mengambil berat terhadap haiwan lain juga.
Perubahan ini tidak berlaku dengan mudah. Pada awalnya, rasa cemburu mendorong Zee untuk mengunci Lala di luar rumah tanpa pengetahuan ibunya.
Malangnya, Lala terperangkap dalam ribut dan jatuh sakit. Lawatan ke klinik haiwan yang disangka dapat menyelesaikan masalah rupa-rupanya membawa cabaran baharu untuknya.
Zee bukan sahaja terpaksa membantu menjaga Lala, malah diarahkan menjadi sukarelawan di klinik tersebut. Maka bermulalah perjalanan Zee sebagai “Doktor Meow”- watak lucu namun bergaya yang perlahan-lahan menunjukkan sisi dirinya sebagai insan yang penyayang.
Penceritaan disampaikan melalui ilustrasi berwarna-warni yang ceria dan ekspresif, menjadikan buku ini sangat menghiburkan untuk pembaca muda.
Perkembangan watak Zee pula ditampilkan dengan cara yang menggelikan hati tetapi menyentuh perasaan - daripada seorang yang mementingkan diri dan obses terhadap barangan mewah, kepada individu yang menggunakan pengaruh dan kekayaannya untuk membantu kebajikan haiwan.
Nilai-nilai murni diselitkan dengan bijak, termasuk tentang keperluan berbuat baik kepada haiwan. Mesej ini disampaikan secara ringan tetapi berkesan.
Dari segi gaya bahasa, kemungkinan penggunaan campuran Bahasa Melayu dan Inggeris dilakukan untuk disesuaikan dengan gaya pertuturan kanak-kanak masa kini yang terbiasa dengan dwibahasa.
Secara keseluruhannya, “Zee Wannabe: Doktor Meow Paling Purr...fect!” ialah sebuah komik yang bukan sahaja “comel” malah kaya dengan ramuan gelak tawa.
Gabungan kisah diva berbulu, sifat cemburu tahap meluap, dan misi klinik yang mencuit hati menjadikan buku ini hidangan lengkap - ringan tetapi berisi.
Sarat dengan mesej kasih sayang, nilai murni, dan motivasi diri - komik ini pasti “mengiau dan mengaum” di hati pembaca cilik.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Zee Wannabe: Doktor Meow Paling Purr...fect!
Penulis: Syuhada Safian, Pelukis: Nur Nadia Alia
Nombor Panggilan: JUNIOR ZEE
Penerbit: Kuala Lumpur: Ana Muslim Sdn Bhd, 2022
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.