Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Warna-Warni Penulisan Dalam Kehidupan' rangsang pemikiran kritis & kreatif

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Kepada anda yang minat menulis atau ingin memulakan perjalanan dalam bidang ini, buku tulisan Sharifah Mohamed sesuai dibaca untuk memperolehi dorongan dan bimbingan mudah sebelum memulakan langkah.

Buku yang terbahagi kepada 6 bab dengan banyak subtajuk dalam setiap bab ini merangkumi topik tentang tujuan, kandungan yang ingin dihasilkan, cara untuk kekal menulis, suasana dan masa untuk berkarya serta perkongsian tentang khalayak pembaca.

Dalam bab “Kenapa Kita Menulis”, antaranya, penulis menjelaskan bahawa menulis itu suatu panggilan yang menuntut komitmen, bukan semata-mata satu hobi. Oleh itu, perancangan teliti perlu dilakukan.

Disiplin diri mesti utuh dan sikap berlengah-lengah mesti dijauhi demi mengelakkan kepudaran semangat serta pelenduran idea.

Momentum penghasilan penulisan perlu dibina sentiasa dan dikekalkan.

Amalan merujuk bahan sokongan mustahak. Sekurang-kurangnya 6 buah buku diperlukan untuk tujuan ini.

Mencatat idea di dalam buku nota amat membantu untuk rujukan pada masa depan.

Tulislah tentang apa yang kita tahu.

Pembaca perlu yakin dengan apa yang kita tulis. Tulisan kita mesti mampu membawa mereka berhenti dan berfikir seketika tentang apa yang kita kongsikan.

Penulis juga harus yakin dengan apa yang ditulisnya. Maka itu, amatlah penting diri penulis itu sendiri wajib yakin dengan apa yang dihasilkannya.

Tiada istilah kesempurnaan dalam bidang penulisan.

Penulis harus sentiasa berusaha memperbaiki hasil penulisan mereka.

Niatkan usaha kita demi kebaikan kepada masyarakat. Selalulah bertanya kepada diri tentang kesan penulisan kita kepada mereka. Walaupun latar penulis dan pembaca mungkin berbeza, rasa kemanusiaan tetap menyatukan.

Antara peringatan terpenting dalam bidang ini ialah, buku yang dihasilkan merupakan identiti diri. Oleh itu, tulislah sebaik mungkin berpaksikan kejujuran.

Begitulah saratnya bab pertama! Bacalah kandungan bab-bab lain yang pastinya menawarkan banyak ilmu dan perkongsian pengalaman penulis yang sangat berharga.

Buku ini juga istimewa kerana ia bersifat interaktif. Di penghujung kebanyakan subtajuk, pembaca diberikan latihan untuk merangsang pemikiran kritis dan kreatif yang membantu membina pendekatan berkarya dan perkembangan idea.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Teja: Warna-Warni Penulisan Dalam Kehidupan (Pelbagai Latihan Menulis Yang Menyeronokkan)
Penulis: Sharifah Mohamed
Penerbit: Singapura: Sharifah Mohamed, 2017.
Nombor Panggilan: SING Malay 808.03 SHA
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan