ePustaka: Warisan Seni Bina Stesen Kereta Api di Tanah Melayu
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Tambak Johor dibuka sebagai laluan antara Johor dan Singapura sejak 28 Jun 1924.
Dikenali juga sebagai Koswe oleh masyarakat Singapura, ia dibina oleh penjajah British bagi tujuan perkembangan ekonomi dan perdagangan.
Salah satu cara untuk menyeberangi tambak ini adalah dengan menaiki kereta api.
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkembangan sistem kereta api di Tanah Melayu, silalah baca buku ini!
Sebenarnya, rangkaian pengangkutan kereta api di Tanah Melayu telah wujud sebelum adanya Tambak Johor. Bab pembukaan buku ini menerangkan tentang fasa-fasa perkembangan rangkaian ini dan kesan stesen-stesen yang dibina dalam menyumbang kepada pembangunan kawasan sekelilingnya.
Menurut buku ini, pada mulanya, sistem kereta api dibina untuk memberikan perkhidmatan kepada industri perlombongan bijih timah dengan menghubungkan kawasan-kawasan perlombongan di pedalaman dengan pelabuhan-pelabuhan di Pantai Barat Tanah Melayu.
Laluan kereta api pertama dibuka pada tahun 1885 di Perak. Laluan ini melintasi kawasan Larut yang kaya dengan bijih timah. Ia mempermudahkan pengangkutan barangan antara Taiping dan Port Weld.
Kemudian, pada awal abad ke-20, sistem kereta api memainkan peranan penting dalam perkembangan industri getah di Tanah Melayu.
Buku ini juga mengetengahkan warisan seni bina stesen-stesen kereta api di Tanah Melayu dan Singapura.
Penerangan mengenai warisan tersebut merangkumi gaya seni bina, fungsi stesen, nilai estetik, reka bentuk dan saiz, bahan binaan dan infrastruktur serta pengaruh iklim tropika terhadap reka bentuk bangunan.
Penerangan terperinci ini terkandung dalam sembilan bab, termasuk satu bab mengenai Stesen Kereta Api Tanjong Pagar di Singapura, disertakan dengan gambar bangunan dan gambar rajah seni bina.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Warisan Seni Bina Stesen Kereta Api di Tanah Melayu
Penulis: Raja Nafida Raja Shahminan et. al.
Penerbit: Johor Bahru: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM), 2024
Nombor Panggilan: RSEA 725.3109595 NAF

Pengulas: Toffa Abdul Wahed, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.