ePustaka: Ukur Diri Anda
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
ePustaka: Measure Yourself
- Korean writer and illustrator Kwon Jung Min uses cat characters in a picture book to parody people’s tendency to measure everything and judge success through education and wealth.
- The original Korean-language work was published in 2024, before the Malay edition, titled “Measure Yourself: Discovering Your True Self”, was published by G. Apple Studio in 2025.
- Through humorous illustrations and writing that is playful yet meaningful, the book invites readers of all ages to consider whether numbers and standards truly determine self-worth.
- The combination of text and images also opens up discussion about social control and discrimination, and the risk of technology diminishing humanity; the book can be found for loan through the NLB catalogue.
- Kwon Jung Min, penulis dan pelukis Korea, menggunakan watak kucing dalam buku bergambar untuk memparodikan kecenderungan manusia mengukur segala perkara dan menilai kejayaan melalui pendidikan serta kekayaan.
- Karya asal berbahasa Korea diterbitkan pada 2024, sebelum edisi Melayu bertajuk “Ukur Diri Anda: Menemui Diri yang Sebenar” diterbitkan G. Apple Studio pada 2025.
- Melalui ilustrasi lucu dan penulisan berseloroh tetapi bermakna, buku ini mengajak pembaca semua peringkat umur menimbang sama ada angka dan piawaian benar-benar menentukan nilai diri.
- Gabungan teks dan gambar turut membuka perbincangan tentang kawalan serta diskriminasi sosial dan risiko teknologi merendahkan kemanusiaan; buku boleh dicari untuk pinjaman melalui katalog NLB.
SINGAPURA: Manusia merupakan makhluk yang boleh dikatakan mempunyai obsesi tentang pengukuran setiap sesuatu.
Dari saat kita dilahirkan di mana berat badan ditimbang dan saiz tubuh kita diukur, hinggalah saat kita meninggalkan dunia ini di mana mayat kita akan dimasukkan ke dalam lubang kubur yang telah ditetapkan ukurannya.
Di antara dua waktu tersebut, sepanjang hidup kita menyibukkan diri untuk menentukan nilai sesuatu dengan menggunakan pelbagai sistem ukuran yang membolehkan kita mengukur segala apa yang boleh diukur, baik dari segi fizikal, biologi, sosiologi, psikologi mahupun kalori bulgogi yang disaji.
Tahap pendidikan turut menjadi kayu ukur kejayaan seseorang, manakala kedudukan dalam masyarakat diukur dengan kekayaan kebendaan.
Obsesi masyarakat terhadap pengukuran ini telah digambarkan dengan baik dan tepat sekali oleh Kwon Jung Min, seorang penulis dan pelukis dari Korea, dalam buku bergambar beliau yang asalnya ditulis dalam Bahasa Korea pada 2024.
Edisi Bahasa Melayu diterbitkan setahun kemudian dengan judul yang telah diterjemahkan menjadi “Ukur Diri Anda: Menemui Diri yang Sebenar”.
Namun jika kita sekadar menilai buku ini berdasarkan judulnya, kita akan terlepas pandang akan parodi yang dimuatkan dari awal hingga akhir dalam karya setebal 66 muka surat ini.
Melalui watak kucing yang pelbagai rupa dan jenis, penulis menjentik akal fikiran kita untuk mengulang fikir akan ketaksuban kita untuk mengukur dan mengkuantifikasikan segala sesuatu.
Daripada pengukuran yang bersifat asas kepada yang terperinci dan akhirnya kepada yang menyeluruh, watak-watak kucing dalam buku ini menjalani proses pengukuran yang mencerminkan keadaan manusia.
Namun, seperti yang dinyatakan dalam ringkasan pada sampul belakang buku, “jika segala angka dan piawaian diketepikan, kucing akan tetap tenang menjadi kucing. Bagaimana pula dengan kita?”
Melalui ilustrasi yang kadangkala mencuit hati serta gaya penulisan yang berseloroh namun mempunyai maksud yang mendalam, pastinya buku ini boleh dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat baik pembaca kanak-kanak, remaja mahupun dewasa.
Gabungan teks dan ilustrasi pada beberapa muka surat akan mencetuskan perbualan serta membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan kawalan sosial, diskriminasi sosial serta padahnya apabila teknologi dibiarkan menjadi suatu wadah yang menentukan nilai seseorang dan membuat manusia tidak lagi berperikemanusiaan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Ukur Diri Anda
Teks & Ilustrasi: Kwon Jung Min
Penerbit: Kuala Lumpur: G. Apple Studio, 2025
Nombor Panggilan: J 155.4 KWO
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.