ePustaka: Terima Kasih Tuan Presiden - Antologi Cerpen Serumpun
Anggaran Waktu Membaca:
Buku berjudul 'Terima Kasih Tuan Presiden'. (Gambar: NLB)
ePustaka: Thank You, Mr President - A regional short story anthology
- The anthology “Terima Kasih Tuan Presiden: Antologi Cerpen Serumpun” brings together 25 short stories by writers from Singapore, Malaysia and Indonesia, edited by Noridah Kamari and published by Unggun Creative in 2025.
- The work explores history, inner conflict, urbanisation and identity, offering a reading experience that does not always provide easy answers or clear endings.
- The review highlights Maslina Ngadiman’s short story on the inspiration of President Yusof Ishak, the mystery of Aisyah Lyana’s murder, as well as Fadhli Rusydi Fadzil’s language experimentation.
- Nur Fatin Afiqah Halim from NLB said the anthology leaves a lasting impression, and borrowing information can be found through the NLB library catalogue.
- Antologi “Terima Kasih Tuan Presiden: Antologi Cerpen Serumpun” menghimpunkan 25 cerpen penulis Singapura, Malaysia dan Indonesia, disunting Noridah Kamari dan diterbitkan Unggun Creative pada 2025.
- Karya ini mengangkat sejarah, konflik jiwa, urbanisasi dan identiti, lalu menawarkan pengalaman membaca yang tidak selalu memberi jawapan mudah atau penutup yang jelas.
- Ulasan menyorot cerpen Maslina Ngadiman tentang inspirasi Presiden Yusof Ishak, misteri pembunuhan Aisyah Lyana, serta eksperimen bahasa Fadhli Rusydi Fadzil.
- Nur Fatin Afiqah Halim dari NLB menyatakan antologi ini meninggalkan kesan fikiran, dan maklumat pinjaman boleh didapati melalui katalog perpustakaan NLB.
SINGAPURA: Apakah yang membuat sesebuah cerpen itu memberi kesan berpanjangan kepada pembaca?
Mungkin kerana persoalan yang diangkat, watak yang sukar dilupakan atau ceritanya tidak berakhir seperti yang disangkakan?
Ketiga-tiga kemungkinan ini dapat ditemukan dalam “Terima Kasih Tuan Presiden: Antologi Cerpen Serumpun”.
Antologi ini menghimpunkan 25 buah cerpen karya penulis Singapura, Malaysia dan Indonesia, menjadikannya sebuah usaha yang jauh lebih bermakna daripada sekadar himpunan karya terpilih.
Tema-tema yang diangkat merentasi sejarah, konflik jiwa, keresahan urbanisasi dan pencarian identiti, di mana setiap satu menawarkan cara tersendiri untuk menelusuri pelbagai pengalaman manusia.
Antara cerpen yang memberikan kesan tersendiri ialah “Terima Kasih, Tuan Presiden” karya Maslina Ngadiman.
Ditulis dalam bentuk surat kepada Presiden Yusof Ishak, kisah ini membawa pembaca melihat tokoh sejarah itu dari sudut pandangan seorang gadis muda.
Ketika peluang pendidikan untuk perempuan masih terbatas dan keluarganya tidak mampu membiayai persekolahannya, perbualan antara Yusof Ishak, yang ketika itu belum menjadi presiden Singapura, dan rakan-rakannya di gerai bapa saudaranya, menjadi sumber ilmu serta inspirasi untuk gadis tersebut memperbaiki kehidupannya.
Daripada perbincangan tentang isu pendidikan, pembangunan masyarakat sehingga ke hal ehwal semasa tempatan dan serantau yang didengari gadis itu, lahirlah dorongan serta keberanian dalam dirinya untuk mencapai cita-cita menjadi insan berjaya.
Cerpen ini turut menyerlahkan sisi yang lebih peribadi tentang Presiden Yusof Ishak dan membuktikan bahawa sebuah gagasan, walaupun hanya didengari sepintas lalu, mampu mengubah kehidupan seseorang.
“Saksi” karya Aisyah Lyana pula membawa pembaca menyelami misteri kes pembunuhan yang mendebarkan.
Seorang pembantu rumah besar kemungkinan akan berdepan dengan hukuman mati setelah majikannya ditemui terbunuh. Namun, adanya saksi bernama Shahid, pada waktu kejadian, mampu membuktikan beliau tidak bersalah.
Persoalannya, siapakah Shahid?
Adakah pembantu rumah itu benar-benar tidak bersalah?
Elemen ketidakpastian yang mendebarkan serta unsur kejutan akan membuatkan cerita ini terus terpahat dalam fikiran pembaca.
“Rak Sara” karya Fadhli Rusydi Fadzil pula tampil dengan pendekatan yang lebih eksperimental apabila aksara dijadikan sebahagian daripada dunia penceritaan.
Kehilangan aksara “Gemilang” dianyam penulis secara kreatif untuk mempersoalkan identiti, penggunaan bahasa dan kuasa sesuatu bentuk bahasa dalam masyarakat.
Pendekatan ini terasa segar kerana sesuatu yang lazimnya bersifat abstrak berjaya diangkat menjadi watak yang hidup.
Secara tuntas, antologi ini meninggalkan pembaca dengan cerita-cerita yang tidak semestinya menawarkan jawapan mudah kepada perkara-perkara yang dibangkitkan.
Ada yang mengganggu fikiran.
Ada yang membuka persoalan baharu.
Malah, ada yang sengaja dibiarkan peleraiannya “terbuka” untuk ditafsirkan sendiri oleh pembaca.
Barangkali, di situlah letaknya nikmat membaca antologi ini, ceritanya mungkin telah selesai, tetapi benih-benih fikiran yang disemai masih terus tumbuh dalam benak pembaca.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Terima Kasih Tuan Presiden: Antologi Cerpen Serumpun
Penyunting: Noridah Kamari
Penerbit: Singapura: Unggun Creative, 2025
Nombor Panggilan: Malay SING TER
Pengulas: Nur Fatin Afiqah Halim, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.