Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Terbang Ke Mercu' papar tekad juruterbang disleksia cipta rekod dunia

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Komik 'Terbang Ke Mercu' diinspirasikan daripada kehidupan James Tan, seorang juruterbang yang memegang Rekod Dunia Guinness sebagai juruterbang termuda mengelilingi dunia secara solo. 

Ia mengisahkan perjalanan James mencapai impiannya untuk menjadi seorang juruterbang yang terunggul meskipun menghidapi disleksia. 

Walaupun beberapa kali berdepan dengan kegagalan, James tidak berputus asa dan berusaha dengan lebih gigih untuk menggapai cita-citanya. 

Adakalanya, perasaan ragu menguasai diri James, termasuklah ketika dalam misi penerbangannya. 

Namun, apabila mengenangkan sokongan yang sentiasa diberikan oleh keluarganya dan segala pelajaran yang telah diberikan oleh pensyarahnya sewaktu dalam latihan, James dapat mengatasi perasaan negatif itu dan tetap meneruskan pengembaraannya.  

Akhirnya, beliau berjaya melakukan penerbangan solo sejauh 39,083 kilometer dalam 48 hari, merentasi 4 benua dan 21 negara serta daerah!

Tajuk: Terbang Ke Mercu: Rentasi Benua Bersama Kapten James Tan
Idea Asal: Kapten James Tan; teks, Xeno; Komik, Santa Fung; terjemahan, Huiz.
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd, 2019
Nombor Panggilan: Y Malay 741.59595 SAN -[CMX]
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan