ePustaka: Telefon Bimbit Puaka

BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak merupakan wadah yang amat sesuai dan paling selamat untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak kepelbagaian sikap manusia.
Melalui watak-watak dalam sesebuah cerita, kanak-kanak akan dapat mengaitkan kisah yang diceritakan dengan pengalaman hidup mereka sendiri.
Ini membantu mereka membina sikap kritis terhadap perwatakan penganiaya, menanam sikap empati terhadap watak yang teraniaya, sekali gus membentuk peribadi mereka agar lebih bijaksana menghadapi watak-watak yang disebutkan tadi.
Buku cerita kanak-kanak Telefon Bimbit Puaka dapat kita golongkan dalam genre sastera ini.
Diterbitkan pada tahun 2022 oleh Ungu Pen, ia merupakan karya Atikah Hakim, seorang guru di salah sebuah sekolah menengah di Singapura.
Ditulis untuk pembaca dalam linkungan usia sepuluh hingga dua belas tahun dan dibahagikan kepada sepuluh bab, buku ini menceritakan kisah seorang pelajar lelaki bernama Haziq yang ditimpa pelbagai masalah sejak menerima sebuah telefon bimbit baru sebagai hadiah daripada ayahnya.
Secara keseluruhannya, buku ini mengandungi tema-tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan persahabatan dan teknologi.
Namun dari segi penulisan dan penggunaan kod warna untuk beberapa perkataan, ternyata ia bukan untuk bacaan santai tetapi lebih bertujuan untuk dijadikan bahan pembelajaran di bilik darjah.
Tajuk Buku: Telefon Bimbit Puaka
Penulis: Atikah Hakim
Penerbit: Singapura: Ungu Pen, 2022.
Nombor Panggilan: J SING ATI
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.