Skip to main content

Nadi Kampus

ePustaka: Technotopia: Phoenix

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Technotopia: Phoenix
(Gambar: NLB)
Diterbitkan : 31 Jan 2026 12:29PM Dikemas Kini : 31 Jan 2026 12:30PM

SINGAPURA: Dalam “Technotopia: Phoenix”, kehidupan lan, Hani dan Robin bergerak pantas antara dunia realiti dan dunia rahsia yang penuh aksi. 

Pada pandangan orang luar, mereka hanyalah pelajar kolej biasa. Namun, di sebalik jadual kelas dan tugasan akademik, mereka memikul identiti sebagai Agents Of Étoile. Trio ini merupakan ejen separa haiwan yang memiliki kuasa magis serta kecerdasan luar biasa. 

Jika anda menggemari kisah aksi futuristik yang digabungkan dengan unsur fantasi, buku ini sememangnya sesuai untuk anda.

Kisah bermula apabila Profesor Walter memberikan satu misi baharu yang kelihatan hampir mustahil. 

Mereka ditugaskan untuk menyelamatkan Kin, robot Animaux berbentuk garuda emas legenda yang telah diculik oleh Dorado, si gergasi jahat. 

Misi ini jauh lebih mencabar daripada jangkaan. Untuk sampai ke Cielo House, tempat tinggal Dorado yang terapung di langit, trio ini perlu berfikir di luar kotak, termasuk menanam kacang ajaib ala kisah 'Jack and the Beanstalk' bagi membina laluan ke lokasi tersebut.

Apabila tiba di Cielo House, cabaran semakin memuncak. Sistem keselamatan rumah agam itu dipenuhi teka-teki, kod dan soalan matematik yang mesti diselesaikan sebelum mereka dapat melangkah masuk. 

Di sinilah unsur STEM (gabungan mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) diterapkan dengan berkesan, mengajak pembaca berfikir bersama watak utama, mengatasi cabaran di bawah tekanan masa dan ancaman kuasa antagonis durjana. 

Sebarang kesilapan boleh mengundang padah!

Namun, ancaman sebenar menanti di dalam. Pertemuan dengan Dorado mendedahkan sisi yang tidak disangka, dan lebih mengejutkan, Kin sendiri bertindak seolah-olah menyebelahi pihak musuh. 

Pertempuran yang tercetus penuh aksi dan ketegangan, memaksa trio ini membuat keputusan pantas demi menyelamatkan Kin dan menyempurnakan misi mereka. 

Adakah mereka berjaya menewaskan ancaman yang dihadapi dan mengembalikan Kin ke tempat asalnya? 

Jawapannya menanti pembaca di halaman terakhir.

Walaupun jalan ceritanya agak boleh dijangka dan aliran pemikiran watak kadangkala mencabar untuk diikuti, “Technotopia: Phoenix” tetap menawarkan pengalaman membaca yang dramatik dan menghiburkan. 

Tidak hairanlah buku ini disenaraipendekkan dalam “MPH Best of 2025” untuk pembaca muda. 

Mereka yang menggemari aksi pantas, elemen teknologi dan kisah penuh ketegangan pasti sukar berhenti membacanya.

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.

Tajuk: Technotopia: Phoenix
Penulis: Park Mellie
Nombor Panggilan: Malay Teen PAR
Penerbit: Selangor: Bookiut, 2025
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita