ePustaka: Siri Kembara Kembar: Rhizophora
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
- Novel 'Rhizophora' karya Awang Alfizan diterbitkan oleh Rumah Kertas pada tahun 2025 dan diulas oleh Muhammed Shahril Shaik Abdullah.
- Cerita ini mengisahkan sekumpulan pelajar yang menyertai Akademi Cilik di Pulau Bakau, sebuah tempat yang terlindung daripada pencemaran.
- Melalui naratif penuh misteri dan saspens, novel ini mengangkat isu krisis iklim, pencemaran alam dan penggunaan teknologi secara beretika.
- Buku ini bertujuan mengajak remaja berfikir serta mengambil peduli terhadap masa depan alam sekitar dan tanggungjawab sosial.
SINGAPURA: Dalam filem animasi “The Lorax” yang telah ditayangkan pada tahun 2012, kita diberikan gambaran tentang sebuah masa depan tanpa alam semula jadi. Segala tumbuhan dan tanaman telah digantikan dengan pokok-pokok plastik yang sekadar dijadikan perhiasan di merata tempat, baik di dalam mahupun di luar kediaman.
Malah keperluan asas seperti udara bersih juga telah dikuasai oleh golongan elit oportunis lantas dijadikan suatu komoditi yang perlu dibeli.
Gambaran sedemikian, walaupun dipaparkan melalui sebuah karya fiksyen yang bersifat distopia, berkemungkinan besar akan menjadi kenyataan sekiranya masyarakat sedunia tidak mengambil berat sepenuhnya terhadap krisis iklim dan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada kelakuan sesetengah manusia yang tidak bertanggungjawab.
Keresahan terhadap masa hadapan yang suram ini merupakan tema yang sering diangkat oleh para pengkarya sastera. Salah satu daripadanya ialah novel remaja “Rhizophora” yang merupakan buku pertama daripada Siri Kembara Kembar hasil minda kreatif seorang penulis muda, Awang Alfizan dan diterbitkan oleh Rumah Kertas.
Novel ini mengisahkan tentang sekumpulan anak lepasan sekolah rendah yang telah dipilih untuk menyertai program Akademi Cilik di Pulau Bakau, sebuah pulau yang terlindung daripada segala pencemaran luar yang mencengkam tanah besar.
Namun ia tidak mengambil masa yang lama sebelum para peserta mula menyedari bahawa tanggapan mereka terhadap program tersebut tidak seindah rupa.
Melalui naratif dan gaya penulisan yang akan membuat pembaca sukar untuk berhenti membaca walaupun buat seketika, segala misteri dan persoalan akhirnya terungkai dengan nada yang mendebarkan di bahagian akhir cerita.
Pastinya, buku ini akan dinikmati oleh para pembaca remaja yang meminati genre fiksyen distopia, sebuah genre yang menggambarkan segala keresahan dan juga harapan kita terhadap masa hadapan.
Alur cerita yang diolah dengan menarik ini penuh dengan unsur-unsur drama, seram dan juga saspens.
Pada masa yang sama ia juga mengajak para pembaca memikirkan dan mengambil peduli terhadap isu-isu berkaitan krisis iklim, pencemaran alam, serta penggunaan teknologi yang beretika, bertanggungjawab dan bersifat manusiawi demi memastikan ia tidak menjurus kepada penyalahgunaan kuasa serta penindasan suatu golongan.
Seperti yang pernah dinyatakan oleh Dr. Seuss, iaitu penulis masyhur yang telah menghasilkan “The Lorax” pada tahun 1971, keadaan tidak akan menjadi lebih baik, melainkan seseorang mengambil peduli dengan sepenuhnya terhadap sesuatu yang menjadi keprihatinannya.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Siri Kembara Kembar: Rhizophora
Penulis: Awang Alfizan
Penerbit: Malaysia: Rumah Kertas, 2025
Nombor Panggilan: Malay Teens AWA
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.