ePustaka: Singapura Dibingkai Masa: Antologi Cerpen
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Cuba anda bayangkan patung-patung Sir Thomas Stamford Raffles turun dari tiang masing-masing untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
Bagaimana pula jika anda telah terkandas di sebuah stesen LRT “berhantu” lalu disambut oleh nenek moyang anda yang pernah menetap di sebuah kampung berdekatan stesen itu pada suatu ketika dahulu?
“Singapura Dibingkai Masa” merupakan sebuah antologi cerpen yang menghimpunkan suara penulis dari tiga generasi – Gen X, Milenial dan Gen Z.
Himpunan karya ini menawarkan perjalanan merentasi masa yang menyepadukan sejarah, imaginasi dan renungan sosial yang tajam.
Tema utama buku ini – naratif sejarah – telah digarap dengan penuh kreativiti dan keberanian. Para penulis telah berjaya mengangkat aspek-aspek sejarah Singapura yang sering terabai atau kurang diketahui umum. Mereka meneroka isu-isu seperti kolonialisme, pembangunan perbandaran dan perubahan sosiobudaya dengan pendekatan yang segar.
Salah satu cerpen mengisahkan tentang patung-patung tokoh kolonial yang “bangkit” untuk dihadapkan ke makhamah. Cerita ini merupakan alegori yang cerdas tentang warisan kolonial dan kesannya yang berterusan terhadap masyarakat moden Singapura.
Sebuah cerpen pula membawa pembaca menelusuri perjuangan seorang pemuda dalam memulihkan isterinya yang dijangkiti suatu virus misteri. Kisah ini bukan sekadar naratif fiksyen sains, tetapi merupakan metafora yang mendalam tentang pengikisan identiti dalam arus pemodenan.
Satu lagi karya yang menarik merupakan kisah seorang lelaki yang terkandas di stesen LRT yang “berhantu”, lalu dijemput oleh nenek moyangnya yang pernah menetap di kampung berhampiran suatu ketika dahulu. Cerpen yang membawa pembaca ke dimensi lain ini menggabungkan unsur-unsur ghaib dan nostalgia dengan cara yang mengharukan. Ia mengundang pembaca untuk merenungi hubungan antara masa lalu dan masa kini.
Antologi ini merupakan cermin yang memantulkan pelbagai aspek pengalaman Singapura. Ia mengajak pembaca meneroka sudut-sudut tersembunyi sejarah negara kita melalui kanta yang segar dan menghiburkan.
Dari patung-patung bersejarah yang tiba-tiba “bernyawa”, hingga ke stesen LRT “berhantu”, antologi ini penuh dengan kejutan. Ia membuktikan bahawa sejarah Singapura boleh menjadi bahan cerita yang sungguh mengujakan!
Dengan menggabungkan suara penulis dari pelbagai generasi, buku ini menawarkan pelbagai perspektif yang unik tentang Singapura. Ia bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga mencetuskan pemikiran kritis tentang sejarah negara, warisan, identiti kebangsaan dan makna kemajuan - semua ini disampaikan dengan cara yang ringan dan mudah dihadam.
"Singapura Dibingkai Masa" ialah bukti bahawa sastera Singapura semakin matang dan berani. Ia menunjukkan bahawa penulis-penulis kita mampu mengolah tema-tema yang berat dengan cara yang ringan dan memikat. Buku ini pasti akan menjadi pilihan yang menyeronokkan bagi sesiapa yang ingin menikmati kisah-kisah Singapura yang kreatif!
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Singapura Dibingkai Masa: Antologi Cerpen
Suntingan: Noridah Kamari
Penerbit: Unggun Creative, Singapura, 2024.
Nombor Panggilan: SING SIN
Pengulas: Nur Fatin Afiqah Halim, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.