Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: ‘Sikap Penentu Perangai’ bina sikap kritis kanak-kanak

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Sastera kanak-kanak merupakan wadah yang amat sesuai dan paling selamat untuk memperkenalkan kepada kanak-kanak kepelbagaian sikap manusia. 

Melalui watak-watak dalam sebuah cerita, kanak-kanak akan dapat mengaitkan kisah yang diceritakan dengan pengalaman mereka sendiri, membina sikap kritis terhadap golongan yang menindas, serta menanam sikap empati terhadap golongan yang tertindas.
 
Buku kanak-kanak ‘Sikap Penentu Perangai’ yang ditulis oleh Mohd Daud Bakar boleh kita golongkan dalam genre sastera tersebut. 

Diterbitkan pada tahun 2022 oleh Amanie Media, buku ini merupakan salah satu tajuk daripada siri Abah Tok Bercerita oleh penulis yang sama. Ia mengisahkan tentang seekor semut hitam bernama Tiara yang sering dipersendakan oleh semut api kerana badannya yang kecil dan tidak berisi. 

Tiara lantas bertekad untuk membuktikan bahawa semut hitam bukan golongan yang lemah.
 
Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh kanak-kanak yang berumur 10 hingga 12 tahun. Ia sarat dengan tema-tema yang boleh membuat para pembaca mengembangkan pemikiran mereka terhadap isu-isu berkaitan pembelajaran, kepimpinan serta menghargai perbezaan dalam hidup bermasyarakat.
 
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk Buku: Sikap Penentu Perangai (Semut Hitam dan Semut Api)
Penulis: Mohd Daud Bakar
Penerbit: Malaysia: Amanie Media Sdn Bhd, 2022.
Nombor Panggilan: J MOH
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan