ePustaka: Sejarah yang Hilang: Nostalgia Kampung Singapura
Pernahkah anda mendengar tentang Kampung Chia Heng, Kampung Nekad, Kampung Bukit Purmei dan Kampung Rotan?
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Pernahkah anda mendengar tentang Kampung Chia Heng, Kampung Nekad, Kampung Bukit Purmei dan Kampung Rotan?
Dalam buku ini, kisah kampung-kampung tempatan terpilih diceritakan oleh 13 orang penulis yang merupakan para pelakon dan penggiat seni yang tidak asing di Singapura.
Antaranya, Zainal Mohamed, Md Ihsan Ali, Rozita Abu dan Junaida binte Noor.
Cerita-cerita yang dirakamkan ini merupakan catatan peribadi mereka membesar di Singapura pada tahun 1950-an sehingga 1970-an.
Setiap penulis berkongsi kisah dengan pendekatan penulisan mereka tersendiri.
Namun begitu, dalam setiap catatan dapat dikesan rasa kebersamaan kerinduan mereka pada masa lalu.
Walaupun kehidupan di kampung pada waktu itu lebih sederhana dan tidak dilengkapi dengan kemudahan moden, namun tetap menjadi kenangan manis yang tidak dapat dilupakan para penduduknya.
Lebih berbentuk rakaman nostalgia, buku ini boleh digunakan sebagai sumber rujukan buat mereka yang ingin melakukan kajian tentang kehidupan masyarakat Melayu selepas zaman pendudukan Jepun.
Bahkan, naskhah ini memperkayakan lagi koleksi kajian tentang perkampungan di Singapura yang telah dihasilkan sebelum ini.
Contohnya, buku “Kilat Senja: Sejarah Sosial dan Budaya Kampung-Kampung di Singapura” tulisan Profesor Hadijah Rahmat dan juga kajian Dr. Imran Tajudeen tentang kawasan tempat tinggal masyarakat Melayu di Singapura.
Buku “Sejarah yang Hilang: Nostalgia Kampung Singapura” susunan Hartinah Ahmad ini turut memuatkan gambar-gambar yang memaparkan kehidupan di kampung-kampung yang dikisahkan oleh para penulisnya.
Malangnya, gambar-gambar tersebut kurang jelas.
Sekiranya ada terbitan susulan untuk projek buku ini, diharapkan kekurangan ini diperbaiki.
Sememangnya perlu ada lebih banyak lagi penerbitan seumpama ini untuk merakamkan sejarah sosial masyarakat Melayu di Singapura supaya generasi mendatang dapat kekal terhubung dengan pengalaman hidup leluhur mereka.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Sejarah yang Hilang: Nostalgia Kampung Singapura
Penyusun: Hartinah Ahmad
Penerbit: Bandar Baru Bangi, Selangor: Nusa Centre, 2023
Nombor Panggilan: SING 959.57 SEJ
Pengulas: Mazelan Anuar, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.