ePustaka: Sebuah Ikrar Segenggam Sabar
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Nanti dulu. Jangan terus membaca ulasan ini.
Izinkan saya bertanya dahulu. Pernahkah anda membaca sebuah buku yang membuat anda terasa seperti sedang berbual dengan seseorang yang begitu jujur tentang hidupnya?
Tentang keluarga, kehilangan, dan kesabarannya?
Itulah yang saya rasakan selepas menutup halaman terakhir “Sebuah Ikrar Segenggam Sabar” karya Peter Augustine Goh.
Barangkali anda tertanya-tanya, apakah yang begitu istimewa tentang pengalaman ini?
Bukankah cerita mengenai kasih sayang, kehilangan dan pengorbanan sudah banyak dihasilkan?
Benar. Temanya bukan baharu. Namun, cara penulis menyampaikannya, itulah yang terasa segar.
Buku ini menghimpunkan sepuluh buah cerpen yang ditulis antara 2018 dan 2022.
Hampir setiap cerpen menggunakan sudut pandangan orang pertama. Kesannya?
Pembaca akan terasa seperti seorang sahabat lama yang sedang mendengar luahan hati seseorang tentang kisah hidupnya secara langsung. Ada juga sisipan puisi yang hadir tanpa dipaksa, seperti jeda dalam perbualan panjang, memberi ruang kepada luahan emosi sebelum kata-kata meneruskan perjalanannya.
Tiga cerpen ini sahaja sudah cukup membuktikan kebijaksanaan penulis dalam mengangkat pengalaman manusia.
"Jarak Selamat" menggunakan konsep penjarakan selamat sewaktu tempoh COVID-19 melanda sebagai cerminan kepada penjarakan emosi dan fizikal dalam keluarga. Ini melibatkan situasi di mana ada pihak yang membentuk pakatan demi kepentingan diri sendiri, dan mereka yang menolak dianggap bermasalah.
Penulis mengingatkan kita bahawa menjaga jarak hubungan bukan tanda kelemahan. Kadang-kadang, itulah pilihan yang paling matang untuk menjaga kesejahteraan seseorang.
"Sebuah Ikrar Segenggam Sabar" mengisahkan seorang abang yang sedang memujuk adiknya yang baru dikurniakan bayi yang mempunyai kondisi kesihatan. Dalam ruang yang penuh duka itu, penulis menyelitkan pengajaran tentang kesyukuran dan keberanian untuk terus berharap.
Pendekatannya yang halus dan bukan menerusi didaktik nyata, akan membuat pembaca merenung kehidupan sendiri.
"Hilang Sudah Kunci Umi" pula menyentuh hati. Bayangkan anak-anak yang terpaksa memperkenalkan diri sebagai anak angkat kepada ibu mereka yang menghidap demensia semata-mata agar si ibu tenang.
Ketukangan penulis yang tidak menggambarkan situasi tersebut dengan dramatik membuatkan cerpen ini terasa begitu menyayat hati.
Barangkali para pembaca tidak akan mengingati nama setiap watak. Namun, saya percaya, anda akan mengingati perasaan yang dialami ketika membaca cerpen-cerpen ini.
Jika anda menggemari karya yang berkembang tanpa tergesa-gesa, yang mengundang kita merenung diri sendiri dan tidak menghukum, “Sebuah Ikrar Segenggam Sabar” wajar menjadi pilihan bahan bacaan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Sebuah Ikrar Segenggam Sabar
Penulis: Peter Augustine Goh
Penerbit: Singapore : Caliph Readers, 2025.
Nombor Panggilan:Teen Singapore GOH
Pengulas: Nur Fatin Afiqah Halim, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.