ePustaka: Sebelum Kopi Mendingin
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: “Sebelum Kopi Mendingin” adalah sebuah himpunan kisah yang mengingatkan kita bahawa walaupun masa lalu tidak dapat diubah, pemahaman terhadapnya mampu membawa penyembuhan kepada hati yang terluka.
Diterjemahkan oleh Azzah A.R., buku ini membawa pembaca ke kafe Funiculi Funicula di Tokyo - tempat istimewa yang menawarkan peluang untuk seseorang kembali ke masa lalu, namun sekadar sekilas waktu selagi kopi yang dibeli masih panas untuk dinikmati.
Kisah pertama, “Kekasih”, menceritakan tentang Fumiko, seorang wanita muda yang bergelut dengan kesedihan selepas kekasihnya, Goro, berpindah ke Amerika secara tiba-tiba. Perpisahan tanpa diduga ini mencetuskan persoalan dalam diri Fumiko tentang erti cinta, penghargaan dan nilai dirinya.
Kisah Fumiko merupakan cerminan perasaan dan pergolakan jiwa sesiapa yang pernah merasakan kehilangan. Namun begitu, pembaca meraih pedoman bahawa masa lalu yang tidak dapat diubah harus dijadikan pengajaran untuk meniti masa depan.
Kisah kedua, “Suami Isteri” adalah tentang Koutake, seorang isteri yang tabah menjaga suaminya, Fusagi, yang menghidap demensia. Perjalanannya ke masa lalu merupakan usaha untuk mengingatkan dirinya tentang sebuah cinta yang pernah mekar antara mereka. Kisah ini mengetengahkan hubungan pasangan pada usia senja, suatu perkara yang sering diabaikan ramai dalam kalangan kita.
Dalam kisah ketiga, “Adik-Beradik”, Hirai, seorang wanita yang terbeban dengan tekanan sebagai anak sulung, bergelut dengan hubungan keluarga yang renggang. Kematian tragis adiknya mendorong Hirai mengunjungi kafe itu untuk meminta maaf kepadanya. Kisah ini menjadi peringatan buat kita agar akur bahawa kesilapan masa lalu yang sukar dimaafkan merupakan kenyataan yang harus ditelan demi meneruskan kehidupan.
Kisah terakhir, “Ibu dan Anak”, menampilkan Tokita dan Kei, dua orang pekerja kafe yang menyimpan rahsia mereka tersendiri. Kei, yang sedang hamil, berhadapan dengan keputusan besar melibatkan nyawanya demi bayi yang belum dilahirkan. Kasih sayang seorang ibu yang tiada berbatas ini dipaparkan penulis dengan begitu realistik sekali sehingga menyentuh hati pembaca.
Novel ini ternyata satu keindahan tersendiri. Tempo penceritaan yang perlahan disulami beberapa dialog berulangan, memaparkan antara ciri istimewa kesusasteraan Jepun yang sangat teliti mencantikkan butiran-butiran kecil dalam pengkaryaan.
Di sebalik premis fantasinya tentang perjalanan masa, novel ini lebih banyak menyentuh tentang hubungan manusia. Seperti protagonis dalam banyak novel kontemporari Jepun, watak-watak dalam novel ini merupakan cerminan manusia biasa yang bergelut dengan kesengsaraan harian.
Hayatilah “Sebelum Kopi Mendingin” yang pasti menyentuh sudut hati pembaca yang paling dalam, seperti secangkir kopi panas yang menghangatkan jiwa sebelum kedinginan menerpa.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Sebelum Kopi Mendingin
Penulis: Toshikazu Kawaguchi; penterjemah, Azzah AR
Nombor Panggilan: Adult Malay KAW
Penerbit: Petaling Jaya, Selangor: Biblio Press, 2024
Pengulas: Nur Eliqah Ali, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.