Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Satu

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Seperti kanak-kanak lain, Tessie juga gemar bermain, berlari dan berkejaran bersama teman-teman dan sepupunya.

Hidupnya aktif dan lasak.

Di sekolah, beliau akan menghabiskan waktu rehatnya dengan permainan seperti “ye-ye” ataupun “zero point”.

Bersama abangnya pula, Tessie menghadiri kelas renang. Di situlah Tessie mengalami kesakitan yang telah mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Apabila Tessie menjerit kesakitan semasa berlatih menendang dalam air, keluarganya tahu bahawa ini bukanlah kekecohan yang biasa, tetapi sesuatu yang lebih serius telah berlaku!

Bertolak daripada peristiwa itu, Tessie belajar beberapa perkataan baru. Beliau mempelajari maksud “kanser”, “amputasi” dan “prostesis”.

Beliau juga harus belajar untuk hidup dengan “tunggul” kerana kakinya harus diamputasi dari bahagian bawah paha.

Sebaik sahaja kekeliruan dan kebingungan Tessie reda, beliau harus pula belajar bagaimana untuk menggunakan topang.

Sekembalinya beliau ke sekolah, Tessie pula bimbang tentang reaksi para pelajar yang akan mencuri pandang ke arahnya dengan raut wajah kebingungan dan penuh persoalan.

Beliau menerima hakikat bahawa dirinya istimewa. Beliau juga bersyukur kerana teman akrabnya serta guru-guru sekolah tidak jemu memberikan semangat dan sokongan untuk dirinya kekal positif.

Banyak yang dapat dipelajari daripada kisah ini.

Bukan senang untuk kita membaca sebuah cerita tentang seorang kanak-kanak di bangku sekolah rendah yang menghadapi cabaran amat besar yang akan kekal bersamanya sehingga akhir usia.

Yang pasti, pembaca akan berasa kagum dengan semangat dan keberanian penulis menghasilkan buku ini dengan tujuan memberikan inspirasi, motivasi dan harapan kepada umum untuk menghadapi sebarang cabaran hidup dengan keberanian dan keyakinan.

Lungsurilah laman NLB Overdrive di https://nlb.overdrive.com untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam bahan bacaan digital ini.

Tajuk Buku: Satu
Penulis/Editor: Tan Ter Cheah
Penerbit: Singapura: Lembaga Perpustakaan Negara.
Nombor Panggilan: E-buku di Overdrive
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan