ePustaka: Rosa Parks
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Bagaimanakah nilai-nilai murni seperti bersikap berani melawan ketidakadilan serta berpendirian teguh dalam melindungi hak asasi sesama manusia boleh dipupuk dan diterapkan dalam diri anak-anak kita?
Salah satu caranya ialah dengan menyingkap sejarah dan menceritakan kembali kisah-kisah benar perjuangan tokoh-tokoh terdahulu yang telah menempuh segala onak dan duri demi mencapai kemajuan yang kita peroleh pada hari ini.
Salah satu tokoh yang wajar dikenali oleh anak-anak kita ialah Rosa Parks, seorang wanita Afrika-Amerika yang memperjuangkan hak kaum berkulit hitam pada waktu Amerika Syarikat sedang menghadapi isu perkauman di mana terdapat pengasingan kaum dan diskriminasi terhadap orang Afrika-Amerika.
Selain menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan, kaum Afrika-Amerika juga tidak dibenarkan bergaul dengan orang berkulit putih. Oleh itu, jika menaiki bas, mereka harus duduk berasingan di belakang bas.
Tindakan Rosa Parks yang berani mengabaikan peraturan tersebut telah mencetuskan semangat revolusi dalam kalangan kaum Afrika-Amerika, lantas menjadikan beliau wanita pertama kaum tersebut yang memperjuangkan hak sivil.
Peristiwa tersebut telah dirakamkan secara ringkas dalam buku bergambar “Rosa Parks”. Ditulis oleh Prema Govin, buku ini merupakan sebahagian daripada siri buku cerita bergambar “Tindakan Yang Berani” yang telah diterbitkan pada tahun 2024 oleh Crimson Earth.
Edisi Bahasa Melayu ini telah diterjemahkan oleh Jannah Khan dan Norlizah Ali.
Melalui kisah Rosa Parks, buku ini seolah-olah menanam benih harapan bahawa kanak-kanak juga boleh memainkan peranan penting dalam proses membangunkan masyarakat yang berpaksikan keadilan dan kesamarataan.
Sewaktu membaca bersama, kanak-kanak boleh diajak berbincang tentang apa yang dilihat melalui ilustrasi pada setiap muka surat.
Memahami dan membicarakan perasaan melalui raut wajah watak juga dapat membantu perkembangan sosioemosi mereka, dan memberikan semangat serta iktibar kepada pembaca supaya tidak gentar melawan penindasan serta berani melakukan perubahan.
Tajuk: Rosa Parks
Penulis: Prema Govin
Penterjemah: Jannah Khan & Norlizah Ali
Penerbit: Singapura: Crimson Earth, 2024.
Nombor Panggilan: JP 323.092 PRE
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.