Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Robohnya Surau Kami coret kepekaan terhadap hubungan sesama insan

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: ‘Robohnya Surau Kami’ merupakan kompilasi cerpen tulisan A.A Navis, seorang sasterawan Indonesia yang telah melahirkan karya-karya kritis lagi monumental.

Beliau terkenal dengan tulisannya yang berunsur Islam.

Cerpen pertama yang juga menjadi tajuk buku ini menceritakan kisah Ajo Sidi dan seorang tua yang dipanggil Kakek. Kakek merupakan penjaga surau yang mengendalikan tugasnya dengan ikhlas.

Beliau begitu taat beribadah. Namun peribadi Ajo Sidi pula bertentangan dengan Kakek.

Dia lebih mirip watak Pak Pandir, seorang yang lebih suka berleka-leka dan berbual kosong. Dia akan menghabiskan waktunya berkhayal dengan perbualan yang aneh tidak seperti Kakek yang taat membaca kitab suci pada setiap peluang yang ada.

Bagaimanakah hubungan antara mereka berkembang?

Apakah konflik yang wujud akibat pertembungan nilai peribadi masing-masing?

Bacalah cerpen ini dan cerpen-cerpen lain yang menggugah fikiran serta perasaan pembaca.

Pastinya pengalaman membaca kumpulan cerpen ini menjadikan anda lebih peka terhadap hubungan sesama manusia dan memaknai kehidupan semasa.

Tajuk Buku: Robohnya Surau Kami: Kumpulan Cerpen
Penulis/Editor: A.A Navis
Penerbit: Jakarta: Gramedia Pustaka Utama, 1991
Nombor Panggilan: RSEA Malay 899.2405 NAV
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB
Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan