Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Ragam remaja dikupas dalam 'Ini Satu Cerita Alter Ego'

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Ragam remaja dikupas dalam 'Ini Satu Cerita Alter Ego'

Gambar: NLB

Diterbitkan : 19 Mar 2022 01:38PM Dikemas Kini : 19 Mar 2022 01:38PM

BERITAmediacorp: Zaman remaja diwarnai dengan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan – ketegangan hubungan, keresahan memburu impian, kelucuan dalam perlakuan, kejutan yang memercikkan bermacam-macam perasaan - inilah inti sari kisah tiga pelajar kolej dalam novel Ini Satu Cerita Alter Ego.

Kehidupan remaja Azlan, Syukur dan Zareen yang hidup sebumbung diisi dengan cabaran lumrah berkaitan alam remaja seperti masalah pelajaran, wang jajan, keterampilan diri dan hubungan dengan teman wanita.

Menerusi interaksi mereka, pembaca meraih banyak nilai pengajaran.

Antaranya, tentang peranan remaja seperti Azlan yang menasihati temannya agar tidak menipu ketika ujian dan menjauhi tabiat merokok. Latar belakang dan peribadi yang berlainan bukan penghalang mewujudkan komunikasi baik dan berkesan dalam kalangan mereka.

Jadi apakah “alter ego” dalam e-buku ini?

Ramai remaja mungkin iri hati terhadap teman-teman mereka dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimiliki.

Inilah pencetus cadangan Azlan agar teman-temannya bertukar-tukar identiti selama 24 jam!

Mereka menghidupkan watak baru itu dengan penuh kesungguhan sehingga akhirnya mereka peka terhadap perasaan teman yang lain dan menjadi lebih setia.

Eksperimen ini juga melahirkan keinsafan dalam diri mereka terhadap menunaikan kewajipan kepada Tuhan.

Ayuh, teruskan membaca buku 12 bab ini untuk mengikuti pengalaman tiga sekawan ini dalam menghadapi pelbagai situasi.

Anda boleh memilih untuk membaca karya ini dalam bentuk digital (nlb.overdrive.com) ataupun fizikal di perpustakaan awam kami.

Dapatkanlah maklumat lanjut tentang tajuk ini di laman katalog NLB https://catalogue.nlb.gov.sg

Tajuk: Ini Satu Cerita Alter ego
Penulis: Faizal Dzasrik
Penerbit: Selangor : PTS One, [2012], c2013.
Nombor Panggilan: nlb.overdrive.com/media/3705674 (e-buku) atau
Y Malay FAI (buku fizikal)
Pengulas: S Zahra Aljunied, Mantan Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa