ePustaka: Pusaka Ibu: Kumpulan Cerpen
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Sebelas karya dalam kumpulan cerpen ini mampu memperkayakan pengalaman remaja.
Pelbagai tema dan persoalan yang diungkapkan menerusi penulisan Maarof Salleh ini dapat memberikan pembaca muda bimbingan berfikir, menilai dan bertindak sewajarnya ketika menghadapi situasi tertentu.
Contohnya, dalam cerpen Demi Waktu, pembaca diingatkan tentang nilai masa.
Betapa ruginya seorang anak muda yang memprotes takdir hidupnya dengan mengabaikan masa untuk beliau melaksanakan tanggungjawab menjadi insan berjaya kebanggaan agama, bangsa dan masyarakat amnya.
Kisah Pak Usop Mi Soto menasihati pembaca tentang keagungan sikap berdikari, keihsanan dan kasih sayang Ilahi.
Pak Usop berlapang dada dan bersangka baik ketika ditipu pelanggannya beriring doa keinsafan dan kesejahteraan buat mereka.
Keyakinannya terhadap balasan dan ganjaran Tuhan menjadikan kehidupannya nyaman.
Sikap tidak mahu menyusahkan anak-anaknya dan terus bekerja pada lewat usia menyuntik semangat penulis kekal positif tika berhadapan dengan dunia yang mencabar.
Keinginan untuk memiliki pusaka yang diperturunkan kepada Azim oleh arwah ibunya, membuat beliau gigih belajar hingga muncul sebagai mahasiswa terbaik dalam bidang seni bina di universiti.
Setelah bertahun-tahun berjuang demi memiliki pusaka itu, Azim akhirnya akur bahawa pusaka yang dimaksudkan kakaknya hanyalah satu lambang usaha beliau kembali membangunkan potensi penuh dirinya menjadi insan mulia dan berguna.
Begitulah inti mutiara cerpen Pusaka Ibu yang molek difikirkan para remaja yang memerlukan dorongan untuk belajar lebih tekun dan memaknakan perjalanan hidup sebagai anak yang membanggakan keluarga.
Nikmatilah lapan lagi cerpen yang terkandung di dalam kumpulan cerpen ini. Dihasilkan oleh seorang tokoh pendidik dan pemimpin masyarakat, naskhah ini sesuai dijadikan sumber pembelajaran di sekolah serta bacaan umum yang merangsang pemikiran anda.
Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.
Tajuk Buku: Pusaka Ibu: Kumpulan Cerpen
Penulis/Editor: Maarof Salleh
Penerbit: Singapura: Caliph Readers, 2022.
Nombor Panggilan: Y SING Malay MAA
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.