ePustaka: Pokok Yang Paling Biasa Di Dunia
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Pernahkah anak-anak berasa diri mereka biasa sahaja apabila dibandingkan dengan orang lain?
Jika ada, buku ini amat sesuai untuk mereka baca.
“Pokok Yang Paling Biasa Di Dunia”, karya terjemahan daripada buku bergambar Turki “Ormanın En Sıradan Ağacı” oleh Hatice Özdemir Tulu, mengisahkan tentang Pati, sebatang pokok yang tinggal di sebuah kawasan hutan yang indah.
Dikelilingi pelbagai jenis pokok dan tumbuhan yang menarik, Pati merasakan dirinya tidak mempunyai apa-apa yang istimewa sehinggalah kunjungan sekumpulan guru dan murid ke hutan itu membawa satu kejutan yang tidak disangka-sangka.
Salah satu mesej utama yang diketengahkan dalam buku ini adalah pentingnya kanak-kanak mengenali kekuatan dan keistimewaan diri sendiri.
Seperti Pati yang menganggap dirinya biasa apabila membandingkan dirinya dengan pokok dan tumbuhan lain, kanak-kanak juga mungkin mudah merasakan bahawa orang lain lebih hebat daripada mereka.
Oleh itu, mereka perlu membina keyakinan diri agar tidak berasa bahawa mereka perlu mengubah diri semata-mata untuk menjadi seperti orang lain atau bersaing dengan mereka.
Hakikatnya, setiap kanak-kanak mempunyai bakat dan kekuatan tersendiri yang mungkin belum mereka sedari. Apabila mereka belajar mengenali dan menghargai kelebihan tersebut, mereka juga dapat menerima dan berbangga dengan diri mereka.
Buku ini turut mengajar kanak-kanak tentang pentingnya menyayangi dan menerima diri sendiri, tanpa terlalu memikirkan pandangan orang lain.
Dalam cerita ini, apabila seorang guru dan sekumpulan murid menemui Pati di dalam hutan, mereka begitu kagum dengan keistimewaannya, termasuk lubang besar pada batangnya yang membolehkan mereka masuk dan berkumpul bersama-sama.
Walaupun pokok dan tumbuhan di sekeliling Pati tidak pernah memuji keistimewaan tersebut, murid-murid itu dapat melihat sesuatu yang indah dan menarik pada dirinya.
Situasi ini mengingatkan kanak-kanak bahawa orang yang benar-benar menyayangi dan menghargai mereka, seperti keluarga dan sahabat yang baik, akan menerima mereka seadanya.
Oleh itu, mereka juga harus belajar melihat nilai dalam diri sendiri dan tidak membiarkan pandangan orang lain menentukan harga diri mereka.
Usaha Pustaka Nasional menterjemah dan menerbitkan karya dari Turki ini wajar dihargai kerana karya terjemahan membuka ruang kepada pembaca untuk mengenali cerita, budaya dan cara berfikir masyarakat lain.
Lebih daripada sekadar sebuah cerita tentang sebatang pokok, karya ini menyampaikan mesej penting tentang menyayangi diri sendiri, membina keyakinan dan menyedari nilai diri.
Nilai-nilai positif ini amat bermakna untuk dipupuk sejak kecil sebagai bekalan kepada kanak-kanak dalam menghadapi pelbagai cabaran apabila mereka membesar kelak.
Buku ini sesuai dibaca oleh kanak-kanak dan sesiapa sahaja yang sekali-sekala memerlukan peringatan bahawa setiap orang mempunyai nilai dan keistimewaan tersendiri.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Pokok Yang Paling Biasa Di Dunia
Penulis: Hatice Ozdemir Tulu (diterjemahkan oleh Nur-El Hudaa Jaffar)
Nombor Panggilan: JP TUL
Penerbit: Singapura: Pustaka Nasional, 2025.
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.