ePustaka: Po, Beruang Kutub yang Sesat
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
BERITA Mediacorp: Buku “Po, Beruang Kutub Yang Sesat” mungkin tampak comel dan keanak-anakan tetapi jalan ceritanya padat dan kandungannya bermanfaat.
Dalam buku kanak-kanak ini tersisip tema-tema berkenaan alam sekitar dan antistereotaip jantina. Ia turut menyumbang kepada pembinaan kemahiran kanak-kanak untuk berfikiran kritis.
Menerusi watak yang bernama Aina, penulis cuba menyangkal salah satu stereotaip jantina bahawa golongan perempuan tidak tahan lasak dan harus sentiasa bersifat kewanitaan.
Aina, seorang kanak-kanak perempuan, aktif bersukan seperti berenang dan bermain papan selaju yang lazimnya dimainkan oleh golongan kanak-kanak dan remaja lelaki.
Aina juga memiliki sifat-sifat positif seperti belas kasihan dan rasa sayang terhadap haiwan dan benda-benda hidup di sekelilingnya.
Isu alam sekitar juga menjadi salah satu tema fokus buku ini. Masalah pemanasan bumi diketengahkan kepada kanak-kanak menerusi watak beruang kutub yang bernama Po. Diceritakan bahawa rumah asal Po di Kutub Utara semakin cair dan perkara ini menjadi sebab Po berenang tanpa hala tujuan sehingga tersesat.
Penyampaian cerita secara santai dan lucu membuatkan kanak-kanak lebih mudah diajak berbincang tentang kesan-kesan pemanasan bumi terhadap alam sekitar dan langkah-langkah mengatasinya.
Menerusi sesi sebegini, ibu bapa dapat membina sifat-sifat positif dalam diri anak-anak seperti memiliki kesedaran dan empati terhadap kehidupan haiwan dan pelestarian alam sekitar.
Kanak-kanak juga dapat membina kebolehan menyelesaikan masalah dengan mengikuti perkembangan cerita ini. Aina dan Po pergi ke tempat-tempat berbeza untuk mencari rumah baharu yang sejuk dan selesa untuk Po.
Ibu bapa boleh mencungkil pendapat anak-anak tentang kesesuaian setiap tempat yang dikunjungi mereka untuk dijadikan kediaman baharu Po. Anak-anak juga boleh memberi cadangan tempat-tempat yang lebih sesuai untuk beruang kutub itu tinggal.
Jika anda mencari buku kanak-kanak yang mengandungi humor, jalan cerita yang kreatif dan interaktif yang boleh dibaca secara dialogik serta ilustrasi yang sangat menarik, buku “Po, Beruang Kutub Yang Sesat” harus menjadi salah satu pilihan anda.
Menerusi watak-watak Aina dan Po, buku ini mencerminkan sifat kanak-kanak yang murni, dermawan dan tidak mementingkan diri sendiri. Begitulah ciri-ciri buku kanak-kanak yang patut kita baca bersama anak-anak kita.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Po, Beruang Kutub yang Sesat
Penulis: Insyirah Abdullah
Nombor Panggilan: J SING INS
Penerbit: Singapura: Magic Storylamp, 2022.
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.