Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Perempuan dari Masa Lalu' papar 35 puisi karya Wafa Awla

Buku ini menghidangkan pengalaman membaca yang menyegarkan seolah-olah anda sedang mengadakan sesi interaktif dengan penulisnya sendiri!

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Tentu ramai pengguna media sosial dan penggemar puisi kontemporari kenal akan nama-nama seperti Lang Leav dan Rupi Kaur.

Mereka merupakan penulis yang mencapai kemasyhuran ataupun “cult status” kerana bait-bait tulisan mereka sering digunakan sebagai kapsyen di platform seperti Instagram.

Puisi mereka senang difaham. Pembaca mudah untuk mengaitkan pengalaman dan perasaan seharian anak muda dengan apa yang terakam dalam buku ini.

Begitulah perasaan saya apabila membaca tulisan Wafa Awla. Naskhah yang mengandungi 35 puisi dan catatan ini unik berbanding rangkapan puisi dan karya sastera yang pernah saya baca.

Ini kerana Wafa telah menyelang-nyelikan kod QR di antara beberapa halaman.

Apabila diimbas, kod QR tersebut akan membolehkan para pembaca untuk mendengar podcast beliau yang berbentuk monolog pendek. Monolog-monolog ini merupakan bibit-bibit puisi yang dibaca oleh Wafa.

Ia membolehkan para pembaca untuk berehat daripada membaca dengan seketika untuk mendengar suaranya yang sayu dan menenangkan.

Ringkasnya, buku ini menghidangkan pengalaman membaca yang menyegarkan – seperti anda sedang mengadakan sesi interaktif dengan penulisnya sendiri!

Tajuk Buku: Perempuan dari Masa Lalu
Penulis/Editor: Wafa Awla
Penerbit: Bandar Baru Bangi, Selangor: Jiwa, 2021.
Nombor Panggilan: Malay 899.281 WAF
Pengulas: Ashiqin Ramadan, Pustakawan, NLB

 
Sumber : BERITA Mediacorp/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan