Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Penghijrahan Menepis Alpa: Himpunan Puisi dan Prosa

Anggaran Waktu Membaca:
BERITAmediacorp: Buku yang dihasilkan Kalimah Baiduri, di bawah payungan Persatuan Bahasa Melayu NTU-NIE (Perbayu NIE-NTU) ini merupakan testimoni terhadap usaha gigih para mahasiswa NIE-NTU memakmurkan bidang persuratan dalam kalangan mereka dan belia umumnya.

Bernadikan cogan kata “Menadah ilmu berharga, Di mana jua kita berada”, mereka berjaya menggerakkan kegiatan seperti bengkel penulisan untuk membina generasi penulis yang berfikiran kritis dan kreatif.

Menurut Muhammad Irwan Jawal, Zamil Pengajar, Bahagian Bahasa dan Kebudayaan Asia, Institut Pendidikan Nasional (NIE), dalam Kata Pengantar, kelahiran buku ini berserta dua lagi buku lain dalam siri Teroka Baiduri mendedahkan isu-isu yang menjentik kepedulian para mahasisiwa untuk bersuara melalui karya-karya mereka.

Antaranya, mereka terpanggil untuk menyentuh tentang anomie, krisis identiti dan cabaran kuasa. Beliau turut meraikan kematangan para penulisnya yang lebih banyak menyoal berbanding menunduk terima sahaja pada status quo.

Naskhah yang menghimpunkan 49 puisi dan prosa hasil tulisan 18 penulis ini ternyata memiliki keistimewaannya tersendiri. Pembahagian karya kepada tiga bab – sukma, surih dan asam garam – padat mengungkapkan suara hati para mahasiswa yang menyumbangkan karya.

Sukma merujuk kepada jiwa, surih paparan coretan yang panjang atau kesan yang telah dilalui seseorang mahupun sesuatu dan asam garam merupakan kiasan kepelbagaian pengalaman hidup.

Kesemua tiga unsur ini disatukan menjadi ramuan santapan minda yang bermanfaat kepada pembaca.

Antara tema yang terakam dalam antologi ini termasuklah perihal cinta, persahabatan, kekeluargaan, keagamaan, bahasa dan kewanitaan.

Ditulis dengan bahasa mudah dan gaya ringkas, persoalan dalam karya walaupun berat tetap mudah dimengerti.

Satu lagi kekuatan utama siri buku ini ialah kesemua karya ditulis dalam kedua-dua huruf Rumi dan aksara Jawi. Maka, pembaca dapat belajar atau memperkemaskan lagi kemahiran membaca tulisan Jawi dengan menikmati teks-teks sastera ini!

Selain buku ini, hayatilah juga karya-karya yang terdapat dalam dua buku lain dalam siri ini iaitu Dengan Kata, Aku Jelajah: Himpunan Puisi dan Prosa serta Teroka Hati Kita; Dalam Diam Menyala: Himpunan Puisi dan Prosa.

Lungsurilah laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam bahan bacaan ini.

Tajuk: Penghijrahan Menepis Alpa: Himpunan Puisi dan Prosa
Penerbit: Singapura: Penerbitan Kalimah Baiduri 2022.
Nombor Panggilan: Y SING Malay 899.28 PEN
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan