ePustaka: 'Pelik Tapi Benar' begitulah rumusan kandungan buku ini
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: NLB
BERITAmediacorp: Sekali pandang, tajuk buku ini mudah memikat perhatian pembaca yang memiliki sifat ingin tahu tentang pelbagai peristiwa atau fakta menarik yang pernah terakam dalam sejarah.
Ringkasnya, trivia merujuk kepada pelbagai fakta atau maklumat yang kurang penting tetapi menarik tentang subjek tertentu.
Begitulah rumusan kandungan buku ini yang menghimpunkan pelbagai fakta yang bukan hanya memiliki nilai sejarah, bahkan sebahagiannya turut bersifat pelik juga.
Kandungan buku ini disusun berdasarkan bab-bab khusus yang memudahkan pembaca mencari bahan yang akrab dengan minat mereka. Ini termasuk bab perihal bahasa, angka, di sebalik nama, haiwan, makanan dan minuman, manusia, produk, sejarah, sukan, tempat dan undang-undang.
Antara contoh fakta sejarah menarik ialah tentang perpustakaan bergerak yang telah wujud sejak abad ke-10 lagi. Pada zaman itu, seorang wazir agung Parsi, Abdul Kassem Ismael telah membawa 117,000 naskhah buku menggunakan 400 ekor unta.
Di dalam bab sukan pula, peminat bola sepak dikejutkan dengan sejarah penubuhan pasukan bola sepak Liverpool yang berpunca daripada kegagalan pasukan Everton membayar sewa Stadium Anfield!
Tahukah anda minuman Coca Cola yang asalnya berwarna hijau hanya mampu terjual sebanyak 25 botol saja sepanjang tahun pertama ia diperkenalkan?
Selain itu terdapat juga bab-bab khusus yang menghimpunkan fakta tentang Abraham Lincoln dan John F. Kennedy, Michael Jackson dan Elvis Presley.
Pembaca dianjurkan membaca buku ini untuk pengayaan informasi dan hiburan.
Sebarang fakta yang diketengahkan sewajarnya disemak atau dikaji bagi mendapatkan kesahihannya di samping meneroka lebih lanjut tentang subjek yang dicatatkan.
Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.
Tajuk: Koleksi Trivia: Fakta Pelik Tapi Benar
Editor: Zulkifli Ismail
Penerbit: Kuala Lumpur : Darul Taklim, 2014.
Nombor Panggilan: Malay Malay 039.992802 ZUL
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp//fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.