ePustaka: Novel ini bantu ibu bapa, masyarakat fahami emosi kanak-kanak ADHD

(Gambar: NLB)
BERITAmediacorp: Meskipun novel ini sebuah karya fiksyen, ia sarat dengan informasi mengenai suatu kondisi bernama ADHD atau Attention Deficit Hyperactivity Disorder.
Jalan cerita ini mengikuti zaman persekolahan seorang kanak-kanak lelaki, Adhd Kimi, yang penuh dengan pergolakan akibat kondisi ADHD.
Masalah yang dihadapi Kimi memaparkan keadaan kehidupan sebenar yang dilalui individu-individu sepertinya.
Malahan, tingkah laku Kimi juga meninggalkan kesan terhadap orang di sekelilingnya, khususnya ibu bapa Kimi, guru-guru dan rakan-rakan di sekolah. Mereka terpaksa berdepan dengan sikap Kimi yang bukan sahaja tidak boleh duduk diam tetapi agresif juga.
Walaupun keadaan Kimi memberikan tekanan hebat terhadap dirinya sendiri dan orang lain, novel ini menunjukkan bahawa kondisi ADHD dapat dikawal dan diatasi dengan bantuan pakar dan kerjasama antara individu ADHD, keluarga dan pihak sekolah.
Selain itu, persefahaman antara orang-orang sekeliling juga perlu untuk memastikan kanak-kanak yang mengalami ADHD dapat maju dan berjaya seperti kanak-kanak lain juga.
Lungsuri laman katalog Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.
Tajuk: Namaku ADHD Kimi
Penulis: Nazariah Nasir
Nombor Panggilan: J SING NAZ
Penerbit: Singapura: Caliph Readers, 2022
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan, NLB
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.