Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: Nasi Lemak Sambal Bilis 'pengikat kasih sayang' antara ibu dan anak

Anggaran Waktu Membaca:
ePustaka: Nasi Lemak Sambal Bilis 'pengikat kasih sayang' antara ibu dan anak

(Gambar: NLB)

Diterbitkan : 11 Jun 2022 11:34AM Dikemas Kini : 11 Jun 2022 12:20PM
BERITAmediacorp: Kaedah menyiapkan hidangan dengan hanya “campak-campak” ramuan ke dalam periuk sinonim dengan cara memasak golongan ibu suatu waktu dahulu.

Agak sukar untuk kita memahami sukatan bahan-bahan yang “dicampak” tadi.

Namun, hasilnya luar biasa dan sentiasa menjadi kegemaran ahli keluarga.

Justeru, makanan daripada air tangan ibu, selalu menjadi pengikat kasih sayang yang abadi antara mereka dan anak-anak pastinya!

Nasi Lemak Sambal Bilis ini merupakan salah satu daripada siri buku lapan judul yang dihasilkan oleh Alumni Bengkel Tulis Kisah Hidup dari seluruh Malaysia. Ia direalisasikan sebagai tanda penghargaan para penulis terhadap ibu mereka yang limpahan jasa tiada henti walaupun mereka telah lama tiada di sisi.

Menurut Sri Diah Shaharudin, Editor Pengurusan Pembimbing Bengkel Tulis Kisah Hidup, projek pembukuan ini melibatkan 324 pengkarya yang telah menyumbang tulisan dan kenangan mengenai ibu masing-masing berserta satu resipi air tangan warisan ibu mereka.

Pembaca pasti terbuka selera dengan pelbagai resipi yang terhidang di dalam buku ini seperti asam pedas sawi jeruk, ubi sambal tokok, ikan kering goreng berasam, nasi lemak gula kabung dan banyak lagi!

Beberapa panduan mudah menghasilkan masakan warisan dengan lebih enak juga disertakan.

Contohnya, cara menumis lada dengan betul dan pentingnya merebus cili kering.

Lungsuri laman katalog kami https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk: Nasi Lemak Sambal Bilis
Editor: Sri Diah Shaharuddin
Penerbit: Shah Alam : Writers Write Services, 2021.
Nombor Panggilan: Malay 641.59595 NAS -[COO]
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB
 
Sumber : BERITA Mediacorp/AW/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan