ePustaka: Nasi Lemak Emak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Mungkin ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih ingat pengalaman pertama ke pasar sendirian sewaktu kecil.
Sambil menggenggam sekeping kertas yang mengandungi senarai bahan-bahan yang perlu dibeli, anda akan berkunjung dari satu gerai ke gerai untuk mendapatkan barangan yang dipesan oleh orang tua masing-masing.
Cabaran utama yang membuat anda sentiasa dicengkam perasaan cemas adalah ketika tersalah cakap dengan penjual di gerai.
Buku bergambar “Nasi Lemak Emak” menceritakan tentang pengalaman seorang kanak-kanak perempuan bernama Hana bersama kakaknya Aina sewaktu mereka ke pasar untuk membeli bahan-bahan dari senarai yang dipesan oleh ibu.
Namun senarai tersebut tercicir di tengah jalan, lantas memaksa mereka untuk bergantung kepada apa yang mereka ingat daripada senarai tersebut.
Kekuatan karya ini terletak pada naratif selari (parallel narrative) atau plot sampingannya. Di samping memperkenalkan kepada pembaca kanak-kanak tentang bahan-bahan yang diperlukan serta cara menyediakan nasi lemak dalam bungkusan daun pisang, buku ini juga mendorong kanak-kanak untuk mengatasi perasaan takut dan cemas serta membina sikap berani dalam diri mereka, seperti watak Hana.
Selain teks, kekuatan buku bergambar ini juga terletak pada ilustrasinya yang sangat baik. Sewaktu membaca bersama, kanak-kanak boleh diajak berbincang tentang apa yang mereka lihat pada ilustrasi di kulit buku serta pada setiap muka surat.
Memahami dan menginterpretasi ilustrasi dari buku-buku bergambar merupakan satu kemahiran yang amat penting dalam pembangunan literasi visual kanak-kanak. Terutama sekali apabila adanya ilustrasi yang mengandungi naratif selari seperti yang dapat kita lihat dalam cerita ini.
Misalnya sewaktu di pasar, usaha seekor kucing yang cuba mendapatkan senarai daripada seekor burung tidak disebut sama sekali dalam teks. Namun naratif selari ini hanya dapat “dibaca” melalui ilustrasi di beberapa muka surat, dengan kesudahannya digambarkan di akhir muka surat.
Melalui pembacaan dialogik, beberapa soalan boleh diajukan sewaktu dan selepas membaca. Misalnya, sebagai latihan buat mempertajam literasi visual, ibu bapa boleh bertanyakan kepada anak-anak tentang setiap peralatan dan perkakas dapur yang dapat dilihat menerusi ilustrasi di permulaan cerita.
Pendekatan yang sama dapat dilakukan terhadap ilustrasi barangan yang dijual di pasar. Perbualan sebegini sewaktu membaca bersama amat penting untuk membangkitkan rasa ingin tahu dalam diri anak-anak kita.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Nasi Lemak Emak
Penulis: Elda Zarifah
Penerbit: Singapura: Pustaka Nasional, 2025
Nombor Panggilan: J SING ELD
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.