ePustaka: Muaz dan Robot Masa Hadapan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Mungkin ramai yang sudah menonton “I, Robot” sebuah filem fiksyen sains yang diterbitkan pada tahun 2004.
Ia memaparkan masa depan distopia di mana dunia pada tahun 2035 dipenuhi sekumpulan robot manusia yang diaktifkan kecerdasan buatan (AI).
Robot-robot tersebut mengisi pelbagai jawatan perkhidmatan awam di seluruh dunia dan beroperasi di bawah Tiga Hukum Robotik demi menjaga keselamatan manusia.
Selain membuat penonton terhibur, filem ini juga telah mencetuskan beberapa persoalan. Bolehkah robot berfikir dan membuat keputusan sendiri?
Adakah robot mempunyai emosi yang membolehkan ia berasa marah, gembira atau sedih? Siapakah yang mencipta Tiga Hukum Robotik?
Kesemua jawapan serta maklumat berkaitan persoalan di atas boleh diperolehi dalam buku “Muaz dan Robot Masa Hadapan”, salah satu tajuk daripada Siri Saintis Cilik terbitan PTS Publishing House.
Ia mengisahkan tentang kanak-kanak lelaki bernama Muaz yang berkawan dengan robot manusia yang diberi nama Azzu.
Melalui naratif serta ilustrasi yang menarik, buku ini menyajikan pelbagai maklumat untuk kanak-kanak belajar tentang robot, seperti jenis-jenis robot dan kegunaannya dalam membantu menyelesaikan pekerjaan rumit yang lazimnya dilakukan oleh manusia.
Di samping itu, dimuatkan juga secara ringkas riwayat tentang Isaac Asimov, saintis asal Amerika yang telah menghasilkan banyak karya fiksyen sains. Beliaulah yang mencipta Tiga Hukum Robotik yang telah mempengaruhi filem “I, Robot”.
Buku ini sesuai dibaca bersama secara santai dengan anak-anak. Ia boleh dijadikan bahan untuk memulakan perbualan sekitar persoalan penggunaan robot dalam kehidupan harian.
Luangkan masa untuk turut berbincang bersama tentang senario pada masa hadapan seperti mana yang digambarkan ilustrasi di muka surat akhir.
Misalnya, tanyakan kepada anak-anak jika mereka lebih suka melihat ikan yang sebenar, ataupun ikan robot.
Penting juga untuk dibicarakan bersama tentang etika dan kebertanggungjawaban penggunaan robotik dan AI demi memastikan ia tidak menjurus kepada penyahkemanusiaan serta penindasan mana-mana pihak.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Muaz dan Robot Masa Hadapan
Penulis: Kim Won-seop
Penerbit: Malaysia: PTS Publishing House, 2023
Nombor Panggilan: J 629.8 KIM
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.