ePustaka: Misteri Congkak: Antologi Cerpen Kanak-kanak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Sesuatu yang menyeramkan tidak semestinya berpunca daripada gangguan makhluk halus. Mungkin sahaja manusia yang muncul pada waktu tidak dijangka ataupun permainan mimpi belaka.
Namun, bagi Imran, si Raja Congkak, gangguan yang dialaminya buat beberapa malam berpunca daripada kecuaian dirinya. Akibat tidak mengendahkan perintah ibunya untuk mengemas dengan sempurna seusai bermain congkak, pelbagai bunyi aneh mengganggu tidurnya. Mujurlah, misteri bunyi-bunyian ini akhirnya terungkai apabila keluarganya mendapati kucing peliharaan mereka yang bermain dengan biji-biji guli yang tidak disimpan rapi.
Cerpen “Misteri Congkak” ini sesuai dijadikan tajuk antologi ini kerana memiliki “ramuan” kisah menarik menggabungkan elemen misteri, seram, humor dan terutama sekali nilai moral yang disampaikan dengan gaya bahasa sederhana sekali gus mengetengahkan elemen budaya. Sekali gus memaparkan kepelbagaian isu dan pengajaran yang dihidangkan menerusi cerpen-cerpen lain yang terhimpun dalam buku ini.
Semua pelajar bijak pasti mengidamkan tempat pertama dalam setiap peperiksaan apatah lagi keputusan akhir tahun. Namun, tidak semua pelajar dapat mengecapinya. Malah, ada ketika hanya pelajar yang sama yang bakal meraih kedudukan tertinggi itu.
Begitulah cabaran yang dihadapi Aisyah, seorang anak yatim, dalam cerpen “Anugerah Tempat Pertama”. Walaupun bersahabat baik dengan Farah yang sering mengungguli keputusan peperiksaan, beliau bertekad kuat untuk “mengambil alih” kedudukan itu!
Berkat kegigihan belajar, mengulang kaji pelajaran dan mengikuti nasihat serta dorongan ayah dan gurunya, cita-cita Aisyah akhirnya tercapai jua.
Cerpen “Ini Tugas Kita” pula mengangkat tema sikap bertanggungjawab. Menerusi watak-watak Haziq dan Nafis, dua orang pengawas, pembaca diingatkan tentang pentingnya bersikap amanah dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikan oleh pihak guru dan sekolah.
Mereka berdua tegas dalam memastikan setiap pelajar mengikuti Prosedur Operasi Standard (SOP) ketika berada di sekolah. Usaha mereka berjaya memastikan tiada penularan COVID-19 dalam kalangan teman-teman sesekolah.
Ryakal yang gemar memprotes teguran para pengawas akhirnya mendapat balasan apabila terkena keracunan makanan kerana tidak menjaga kebersihan.
Pengajaran tentang kepentingan amalan kitar semula diketengahkan dalam “Fikir Dahulu Sebelum Buang”. Seperti cerpen sebelum ini, ada watak protagonis, Zara, yang menghadapi cabaran kekerasan hati seorang pelajar lain, iaitu Irma, yang enggan memberikan kerjasama menghidupkan usaha murni kitar semula di sekolahnya.
Peristiwa penemuan banyak cacing dan ulat di dalam tong yang dikhususkan untuk sisa plastik di dalam kelas menginsafkan Irma. Kedegilannya membuang sisa makanan di dalam tong tersebut seperti menghukum dirinya sendiri. Kisah ini turut menekankan tentang kepentingan menurut arahan guru dan kerjasama sesama pelajar bagi menjayakan sesebuah usaha baik di sekolah.
Bacalah lapan lagi cerpen yang dihidangkan dalam antologi ini. Walaupun latarnya di negara jiran, nilai-nilai murni yang disampaikan tetap bersifat sejagat.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Misteri Congkak: Antologi Cerpen Kanak-kanak
Penyelenggara: Hamidi Md Yudin
Penerbit: Sintok, Kedah: UUM Press, 2022.
Nombor Panggilan: J Malay MIS
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.