Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Manual Kehamilan - Panduan Penjagaan Ibu & Bayi' kongsi nasihat, perancangan rapi

Menimang cahaya mata menjadi idaman setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Menimang cahaya mata menjadi idaman setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga.

Kehadiran zuriat pastinya akan merapatkan lagi ikatan perkahwinan.

Namun perancangan rapi diperlukan bagi memastikan pelayaran alam berkeluarga lancar dan bahagia.

Manual Kehamilan – Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi dapat membantu anda mencapai matlamat ini.

Buku ini mengetengahkan panduan, nasihat dan petua untuk bakal ibu bapa membuat persiapan awal sebelum kehamilan sehinggalah ke peringkat penjagaan dan perkembangan bayi.

Topik-topik ini dikupas dari sudut pandangan pelbagai disiplin – sains perubatan, perbidanan, keagamaan, rawatan tradisional dan adat istiadat Melayu.

Bermula dengan pengetahuan pra-kehamilan, bab ini mengandungi nasihat untuk bakal ibu tentang penjagaan kesihatan fizikal dan kesejahteraan emosi.

Peranan suami yang harus bersikap prihatin, sensitif dengan keperluan emosi dan fizikal isteri juga diberikan penekanan.

Merancang untuk kehamilan juga merangkumi aspek perancangan kewangan.

Senarai keperluan yang disiapkan terlebih dahulu membantu bakal ibu bapa menguruskan belanjawan dan mengelakkan pembaziran.

Salah satu panduan yang boleh dipraktikkan adalah mengamalkan kaedah guna semula sebahagian barangan bayi (seperti buaian bayi, kereta tolak dan walker bayi) yang diperturunkan daripada keluarga atau teman-teman terdekat.

Sila lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk maklumat lanjut tentang buku ini dan juga yang berkaitan dengan topik yang sama.

Tajuk: Manual Kehamilan: Panduan Penjagaan Ibu dan Bayi
Penulis: Kak Engku @ Tengku Azmanira Raja Husin; disemak oleh Rosnah Mat Isa.
Penerbit: Batu Caves, Selangor: Must Read, 2014.
Nombor Panggilan: Malay 618.24 KAK -[FAM]
Pengulas: S Zahra Aljunied, Mantan Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan