ePustaka: Mana Semua Kelip-Kelip?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: nlb)
SINGAPURA: Isu penjagaan alam sekitar dan pelestarian bumi hijau merupakan topik yang semakin hangat diperjuangkan pelbagai pihak kini.
Kesedaran tentang kepentingan usaha ini terserlah rentas negara dan benua.
Pendidikan mengenainya telah didedahkan kepada kanak-kanak sejak usia kecil lagi.
Banyak bahan bacaan untuk golongan ini diterbitkan dan giat dimanfaatkan bagi memastikan generasi masa depan prihatin terhadap ancaman pencemaran kepada kehidupan sejagat dan mesti dihentikan sebelum terlambat.
Buku bergambar “Mana Semua Kelip-Kelip?” karya Renee Juliene Karunungan yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dan diilustrasi oleh Sayidah Mu’izzah merupakan salah satu bahan bacaan bermutu yang membantu merealisasikan hasrat murni ini.
Penerbitan buku yang mendapat sokongan dana Lembaga Pembangunan Buku Nasional Filipina ini mengemukakan hubungan simbolik dua watak – Tonyo, seorang manusia dan Ningning, seekor kelip-kelip atau dikenali sebagai kunang-kunang.
Kedua-duanya bertemu sejak kecil, membesar bersama, sekali gus menjalin persahabatan istimewa, menggunakan kod perhubungan rahsia!
Malangnya, konflik manusia dan alam memisahkan mereka secara terpaksa. Pencemaran alam dek tangan-tangan manusia tidak peka terhadap penjagaan habitat hijau menyebabkan Ningning dan spesiesnya menderita.
Perbuatan manusia menebang pokok, menambah penggunaan kenderaan, membina kilang-kilang yang mencemarkan udara dan sikap tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata mengakibatkan iklim semakin panas.
Akibatnya, ramai kawan Tonyo tidak sihat dan kebebasan mereka untuk bermain-main di luar tersekat. Begitu juga dengan kaum Ningning yang mengalami kesukaran untuk terbang dan kesulitan daya pernafasan.
Akhirnya, Ningning dan kaumnya harus segera meninggalkan kota.
Kehilangan Ningning menjadikan Tonyo komited dan bersemangat mengamalkan gaya hidup mesra alam dengan harapan sahabatnya pulang. Antara usaha yang beliau lakukan termasuk mula mengasingkan sampah di rumah, mengayuh basikal ke sekolah dan menanam lebih banyak pokok di rumah.
Selepas tamat pengajiannya di universiti, Tonyo turut bekerja keras untuk meningkatkan mutu alam sekitar. Penutupan kilang pengakibat pencemaran dan memperkenalkan teknologi hijau membantu bandarnya menjadi bersih. Bahkan, projek pengasingan sampah di sekolah dan di rumah Tonyo turut mendapat sokongan datuk bandar untuk melakukan usaha yang sama dalam kalangan masyarakat.
Keinginan Tonyo untuk bertemu semula dengan Ningning tidak sesekali pudar. Namun, adakah halaman rumahnya akan ada kelihatan cahaya kelip-kelip kembali bersinar?
Bacalah buku sarat inspirasi ini untuk mengetahui peleraiannya. Yang pasti, pembaca kanak-kanak akan dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang kehidupan mesra alam, mencintai bumi hijau, memperkayakan pengetahuan tentang kelip-kelip dan erti persahabatan sejati.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Mana Semua Kelip-Kelip?
Penulis: Renee Juliene Karunungan
Penterjemah/Ilustrator: Sayidah Mu’izzah
Penerbit: Kajang, Selangor: Legasi Oakheart, 2023
Nombor Panggilan: Malay JP KAR
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.