ePustaka: Makan Ini, Makan Itu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
ePustaka: Eat This, Eat That
- The picture book “Eat This, Eat That” by Maima Adiputri and Zulfa Adiputri invites children to investigate where food comes from, from crops and livestock to hunted animals.
- Through examples and detailed illustrations, the book links food to the environment, history and culture, as well as traditional methods such as cooking in bamboo.
- Brief, rhythmic sentences encourage readers to study the pages, ask questions and discuss differences in taste and community customs with adults.
- Relevant to multicultural Singapore, this book, published by Hujan & Bumi in 2026, broadens knowledge, sharpens observation and thinking, and fosters respect for diversity.
- Buku bergambar “Makan Ini, Makan Itu” karya Maima Adiputri dan Zulfa Adiputri mengajak kanak-kanak menyiasat asal usul makanan, daripada hasil tanaman dan ternakan hingga haiwan buruan.
- Melalui contoh dan ilustrasi terperinci, buku ini menghubungkan makanan dengan alam sekitar, sejarah, budaya serta cara tradisional seperti memasak menggunakan buluh.
- Ayat ringkas berirama menggalakkan pembaca meneliti halaman, bertanya dan berbincang dengan orang dewasa tentang perbezaan cita rasa serta kebiasaan masyarakat.
- Relevan untuk Singapura yang berbilang budaya, buku terbitan Hujan & Bumi pada 2026 ini memperluas pengetahuan, mengasah pemerhatian dan pemikiran, serta memupuk sikap menghormati kepelbagaian.
SINGAPURA: Pernahkah kita terfikir mengapa makanan yang dinikmati oleh sesuatu masyarakat berbeza daripada masyarakat yang lain?
Mengapakah ada yang menjadikan nasi sebagai makanan ruji, sedangkan yang lain lebih suka menikmati sagu atau ubi?
Di sebalik setiap hidangan tersimpan kisah tentang sejarah, budaya dan kehidupan manusia.
Buku bergambar “Makan Ini, Makan Itu” karya Maima Adiputri dan Zulfa Adiputri ini mengajak pembaca kecil meneroka dunia makanan dari sudut pandangan yang lebih luas.
Berbeza daripada buku kanak-kanak yang lazimnya mempunyai watak dan jalan cerita, judul ini mengajak pembaca memerhati dan memikirkan asal usul makanan.
Misalnya, pembaca diperkenalkan kepada pelbagai sumber makanan, daripada padi dan sagu yang ditanam, lembu dan kambing yang diternak, hinggalah haiwan liar yang diburu.
Contoh-contoh ini memperlihatkan bagaimana manusia memanfaatkan sumber alam untuk memenuhi keperluan hidup.
Pada masa yang sama, pembaca didedahkan kepada hubungan antara makanan dengan persekitaran selain sejarah dan budaya sesebuah masyarakat.
Ilustrasi dalam buku ini yang kaya dengan perincian butiran menyerlahkan keistimewaannya. Antaranya, terdapat gambar seorang wanita memasak menggunakan buluh, yang mungkin merujuk kepada penyediaan lemang atau ikan yang dimasak dalam buluh.
Ilustrasi sebegini membuka ruang untuk pembaca mengenali kaedah memasak cara tradisional dan membandingkannya dengan amalan dalam masyarakat pembaca sendiri.
Penggunaan ayat yang ringkas dan berirama pula menjadikan pembacaan lebih santai, sambil menggalakkan kanak-kanak meneliti setiap halaman dengan lebih terperinci.
Lebih penting lagi, buku ini menyemai rasa ingin tahu serta menggalakkan kanak-kanak menghargai kepelbagaian budaya. Ia turut mengajak mereka memikirkan tentang mengapa manusia mempunyai cita rasa yang berbeza walaupun masing-masing menggunakan deria rasa yang sama.
Persoalan sebegini membuka ruang perbualan antara kanak-kanak dengan orang dewasa tentang tradisi dan kebiasaan masyarakat lain.
Mesej ini amat relevan dalam masyarakat berbilang budaya seperti Singapura.
Secara keseluruhannya, “Makan Ini, Makan Itu” membuktikan bahawa pembelajaran boleh bermula daripada perkara yang paling dekat dengan kehidupan seharian.
Buku ini bukan sahaja memperluas pengetahuan, malah mengasah kemahiran memerhati, berfikir dan menghormati perbezaan.
Barangkali selepas membacanya, kanak-kanak akan melihat hidangan di meja makan dengan pandangan baharu dan mula bertanya: apakah kisah di sebalik makanan yang kita nikmati setiap hari?
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Makan Ini, Makan Itu
Penulis: Maima Adiputri & Zulfa Adiputri
Nombor Panggilan: JP MAK
Penerbit: Yogyakarta: Hujan & Bumi, 2026.
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.