Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Mahir Mirza: Selamat Datang ke Dunia' himpun pelbagai adat & budaya Melayu

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Seimbas lalu, buku bergambar karya Maria Mahat ini merupakan satu himpunan dokumentasi adat dan budaya masyarakat Melayu/Islam menyambut kelahiran bayi hinggalah dia berumur setahun. 

Kisah ini bermula dengan pasangan Iqbal dan isterinya menyambut kelahiran bayi lelaki mereka yang diberi nama Mahir Mirza. 

Pemilihan nama yang membawa maksud “pakar” dan “bijaksana” ini sekali gus menjadi doa dan harapan agar anak ini nanti mewarisi sifat-sifat murni sebegini. 

Iqbal seterusnya mengazankan di telinga kanan dan iqamat di telinga kiri anaknya.

Apabila Mahir pulang ke rumahnya, Iqbal menyapu bibir dan lelangit anaknya dengan sedikit madu dan buah kurma. 

Amalan ini dilakukan dengan harapan agar Mahir menjadi anak yang sopan dan manis tutur katanya.

Pelbagai lagi amalan yang dilakukan sepanjang proses Mahir membesar dirakamkan penulis dalam buku menarik ini. 

Antaranya, melaksanakan akikah dan mencukur rambut. 

Ibu bapa boleh memanfaatkan buku ini untuk memperkenalkan kepada anak-anak tentang beberapa amalan adat dan budaya masyarakat Melayu/Islam secara mudah. 

Nota ringkas tentangnya serta glosari dwibahasa yang disediakan di bahagian akhir buku ini berguna untuk memperkayakan pengalaman membaca mereka. 

Para pembaca juga boleh terus menikmati kisah Mahir membesar dengan membaca buku susulan kepada tajuk ini iaitu Mahir Mirza Boleh!

Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.

Tajuk: Mahir Mirza: Selamat Datang ke Dunia
Penulis: Maria Mahat
Penerbit: Singapura: Ungu Pen, 2021.
Nombor Panggilan: J SING MAR
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan,  NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan