Skip to main content

Iklan

Iklan

Nadi Kampus

ePustaka: 'Lihat! Lihat!' terap sikap ingin tahu dalam anak muda

Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Buku bergambar merupakan wadah yang amat sesuai untuk memperkenalkan dunia serta segala isinya kepada kanak-kanak. 

Sebelum membaca dan memahami sebuah teks atau bahan bertulis, literasi awal kanak-kanak bermula dengan pembacaan gambar. 

Satu ciri khas buku bergambar adalah gabungan gambar dan teks yang tidak berdiri dengan sendirinya malah saling bergantung demi menyampaikan sebuah cerita yang lengkap.

Buku bergambar Lihat! Lihat! yang ditulis oleh Aniek Wijaya dan diilustrasi oleh Evelyn Ghozalli dapat kita golongkan dalam genre sastera tersebut. 

Diterbitkan pada tahun 2019 oleh Yayasan Litara, edisi Bahasa Melayu ini telah diterjemahkan oleh Nur-El-Hudaa Jaffar dan diterbitkan oleh Pustaka Nasional. Ia mengisahkan dunia imaginatif seorang kanak-kanak perempuan yang harus menjaga adik kecilnya sewaktu ibu mereka pergi membeli makanan.

Buku ini amat sesuai untuk dibaca bersama secara lantang. 

Ilustrasi yang sarat dengan makna yang tersirat boleh membantu dalam pembangunan literasi visual. Sebagai contoh, penggunaan warna yang berbeza antara dunia nyata dengan yang imaginatif, serta gambaran tentang pergolakan hidup golongan kelas bawahan di sebuah bandar yang sibuk.

Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov  bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk meminjam buku ini di perpustakaan awam kami.

Tajuk Buku: Lihat! Lihat!
Penulis: Aniek Wijaya
Penerbit: Singapura: Pustaka Nasional, 2021.
Nombor Panggilan: J SING WIJ
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan