ePustaka: Lentera Ilmu: Catatan-Catatan Dunia Buku
Anggaran Waktu Membaca:
![ePustaka: Lentera Ilmu: Catatan-Catatan Dunia Buku ePustaka: Lentera Ilmu: Catatan-Catatan Dunia Buku](https://dam.mediacorp.sg/image/upload/s--qwQAweHx--/c_fill,g_auto,h_468,w_830/f_auto,q_auto/v1/mediacorp/berita/images/2024/12/28/whatsapp_image_2024-12-28_at_2.14.45_pm.jpeg?itok=yoqjRhpT)
SINGAPURA: Tidak lama lagi tahun ini akan berakhir.
Sudahkah anda membuat azam baharu untuk tahun yang bakal menjelang?
Jikalau anda berazam untuk menyuburkan tabiat membaca, dapatkanlah petua-petua daripada buku “Lentera Ilmu” karya Najibah Abu Bakar ini.
Penulis berharap dapat menerapkan minat membaca dan kepentingan memperolehi ilmu dalam diri para pembaca menerusi 25 buah artikel pendek tentang buku, perpustakaan dan budaya membaca yang dikongsikan beliau di dalam buku yang terbahagi kepada tiga bahagian ini.
Bahagian pertama yang berjudul “Bernyala Lentera Budaya” memuatkan tujuh buah artikel. Salah satu daripadanya, iaitu “18 Petua Tanam Budaya Membaca” menghimpunkan pelbagai saranan daripada para penulis lain tentang cara menanam budaya membaca. Antaranya, menetapkan waktu khas untuk membaca selama 5-10 minit, beberapa kali setiap hari. Contohnya, ketika bersarapan atau makan tengah hari dan semasa dalam perjalanan menaiki pengangkutan awam.
Satu lagi petua adalah menyimpan sebuah log pembacaan dengan mencatatkan buku yang sedang dibaca dan masa yang digunakan untuk membaca dalam sehari. Dengan adanya rekod sebegini, anda boleh memantau perkembangan tabiat membaca anda.
Artikel ini menekankan bahawa minat membaca akan mampu dipupuk dan berkembang dengan adanya amalan dan strategi membaca yang konsisten. Ia juga meningatkan pembaca supaya membaca buku yang benar-benar menarik bagi diri anda dan janganlah membaca sesuatu semata-mata kerana ia sebuah karya yang popular atau laris penjualannya.
Bahagian kedua (“Membaca Itu Sakti”) dan ketiga (“Membangun Kubu Cahaya”) pula mengandungi artikel-artikel yang secara keseluruhan bukan hanya menunjukkan martabat dan nilai tinggi yang diberikan kepada buku tetapi juga cinta terhadap perpustakaan oleh masyarakat di Barat dan dalam tamadun-tamadun Islam.
Bahagian-bahagian ini juga melakarkan sejarah buku termasuklah sejarah percetakan, penerbitan, perdagangan dan pengumpulan buku serta koleksi buku sebagai wakaf dan peranan kolektor buku dalam penubuhan perpustakaan.
Kebanyakan artikel yang terdapat dalam buku ini pendek dan mempunyai 3-4 muka surat sahaja.
Beberapa artikel juga merupakan ringkasan buku-buku dan esei-esei yang telah dibaca dan ditelaah oleh penulis buku ini seperti “From Reading to Writing: The History of Muslim Education” oleh Ahmad Shalaby, “Library: An Illustrated History”oleh Stuart A. P. Murray dan “How to Read a Book” oleh Mortimer J. Adler dan Charles van Doren.
Ternyata buku yang padat dengan pengisian baik ini sesuai untuk dimanfaatkan golongan umum yang hanya mempunyai sedikit masa untuk membaca.
Ringkasan bahan tulisannya mudah dihayati selain mampu menarik minat anda untuk membaca karya-karya yang tercatat dalam buku ini.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Lentera Ilmu: Catatan-Catatan Dunia Buku
Penulis: Najibah Abu Bakar
Penerbit: Kenyalang Press, 2024
Nombor Panggilan: Adult Malay 028 NAJ
Pengulas: Toffa Abdul Wahed, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.