ePustaka: Kosong Di Atas Garis
Anggaran Waktu Membaca:

BERITAmediacorp: Kumpulan cerpen oleh Leyla Shuri, seorang anak watan Singapura yang telah lama menginap di Jepun, mesti dibaca oleh para peminat cereka sejarah.
Kesemua 13 buah cerpen yang terkandung di dalam buku ini pernah disiarkan dalam pelbagai antologi dan akhbar tempatan antara tahun 2011 dan 2022.
Penulis telah memasukkan unsur-unsur sejarah Singapura ke dalam sesetengah karya dalam buku ini sama ada sebagai latar utama ataupun adegan imbas balik. Misalnya, cerpen “Tiket Liza” berlatarkan Singapura dalam tahun 1970-an.
Ia mengisahkan pengalaman watak Liza yang menjadi wanita berkerjaya selepas tamat persekolahannya. Pada dekad itu, ekonomi Singapura sedang berkembang dengan pesat dan ramai wanita mula bertugas di pejabat dan kilang.
Cerpen ini juga memaparkan tempat-tempat bersejarah seperti Sungai Singapura, Jambatan Coleman, Masjid Kassim dan Stadium Negara. Para pembaca dapat membandingkan sendiri perubahan yang berlaku di tempat-tempat ini.
Contohnya, Sungai Singapura kini sudah tidak lagi dipenuhi tongkang-tongkang. Ia juga bukan lagi sebuah tempat yang kotor dan berbau seperti yang digambarkan oleh penulis.
“Jangan Ada Dendam” merupakan sebuah cerpen tentang watak Dollah yang mendapat tahu bahawa cucunya akan mendirikan rumah tangga bersama seorang gadis Jepun.
Justeru, Dollah mengalami kerunsingan hati apabila mengenangkan kepahitan dan kekejaman yang diri serta keluarganya alami di tangan askar-askar Jepun yang zalim semasa Perang Dunia Kedua pada tahun-tahun 1940-an lalu.
Menerusi cerpen ini, penulis memaparkan lumrah kehidupan orang-orang kampung semasa pendudukan Jepun.
Antaranya, kegiatan mereka berkebun ubi kayu dan keledek sebagai sumber makanan pemerintah Jepun khususnya.
Cerpen “Blok 33, Balam Road” pula menceritakan peristiwa-peristiwa yang berlaku di kejiranan ini yang berkaitan dengan pelancaran stesen televisyen pertama Singapura pada 15 Februari 1963.
Kisah yang agak lucu ini mengetengahkan watak-watak yang kemaruk televisyen. Mereka sama ada teruja menontonnya ataupun membelinya walaupun terpaksa menggadaikan barang kemas!
Bagi mereka yang ingin membaca mengenai isu-isu seperti kesunyian dan kealpaan yang dialami oleh warga tua, bacalah cerpen “Marilah Beraya, Ayah!” dan “Kosong Di Atas Garis”.
Lungsuri laman katalog NLB, https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan awam.
Tajuk: Kosong Di Atas Garis
Penulis: Leyla Shuri
Penerbit: Singapura: Unggun Creative, 2022
Nombor Panggilan: SING Malay LEY
Pengulas: Toffa Abdul Wahed, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.