ePustaka: Kisah 'bola' cuba kenali diri dipapar dalam "Bola Yang Stres"

(Gambar: NLB)
BERITAmediacorp: Bola Yang Stres diinspirasikan daripada perjalanan hidup penulisnya sendiri.
Ia mengisahkan tentang sebiji bola bernama Elliot yang sedang berusaha untuk mengenali dirinya.
Dalam ‘pengembaraan’nya, Elliot mencari jawapan kepada pelbagai persoalan seperti siapakah dirinya, bagaimanakah beliau berada di sini dan mengapakah beliau berasa stres.
Elliot dipertemukan dengan bermacam-macam jenis bola dan mendapati setiap satu memiliki keistimewaan tersendiri dari segi fizikal dan peranan yang mereka mainkan.
Pengalaman berharga ini ternyata membantunya menemui jawapan-jawapan yang diinginkan selama ini.
Walaupun buku bergambar ini disasarkan kepada golongan kanak-kanak, ia juga sesuai dimanfaatkan oleh khalayak pembaca dewasa yang ingin mencari erti kehidupan.
Anda boleh membaca karya ini menerusi format e-buku di laman NLB Overdrive ataupun bentuk fizikal yang tersedia di perpustakaan awam.
Tajuk: Bola yang Stres
Penulis: Lydia Lim
Penerbit: National Library Board dan Lydia Lim, 2021
Nombor Panggilan: J SING Malay 155.2 LIM
Pautan NLB Overdrive:
https://nlb.overdrive.com/library/malay/media/6182525?cid=1080660
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.