ePustaka: Kentang Kilau
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Adakah anda menghadapi kesulitan untuk menanamkan rasa cinta anak anda terhadap budaya dan warisan Melayu?
Bahan bacaan yang diulas kali ini boleh digunakan sebagai salah satu bahan untuk mengakrabkan mereka dengan budaya bangsa ini.
Seperti yang dijangkakan, buku “Kentang Kilau” ini mempunyai kaitan dengan pahlawan Melayu bernama Mat Kilau yang terkenal dengan perjuangannya menentang British di Pahang suatu ketika dahulu.
Buku ini berbentuk komik satira dan merupakan parodi terhadap filem Mat Kilau. Selain bertujuan untuk menghibur pembaca, khususnya kanak-kanak, ia juga mendidik mereka tentang warisan dan semangat Melayu.
Penulis yang juga ilustrator buku ini, menggunakan watak-watak comel berupa kentang bagi menarik perhatian pembaca cilik.
Walaupun comel, wira dalam cerita ini merupakan kentang-kentang yang berani dan mempunyai semangat Melayu yang hebat.
Sepanjang pembacaan, kanak-kanak akan mempelajari tentang sejarah penjajahan British ke atas Tanah Melayu. Mereka akan menyedari tentang keberanian dan kekuatan pahlawan-pahlawan Melayu dahulu yang pantang menyerah kalah kepada penjajah. Sekali gus, ilmu persilatan para pahlawan ini turut dikongsi.
Walau bagaimanapun, penulis prihatin dalam memastikan jalan cerita buku ini tidak bersifat didaktik yang membosankan pembaca.
Beliau menerapkan unsur humor dan sindiran supaya kanak-kanak yang membaca dapat menikmati buku ini tanpa merasakan bahawa mereka sedang membaca buku teks sejarah. Jalan ceritanya juga diselang-selikan dengan trivia atau maklumat tentang asal usul Mat Kilau dan keluarganya, sejarah penjajahan tanah Melayu terutamanya Pahang dan ilmu persilatan.
Selain itu, buku ini juga mempunyai jalan cerita yang pantas dan tidak mendatar. Penulis menceritakan tentang tipu helah bangsa makhluk asing bernama Kritish yang berusaha bermati-matian untuk menakluki daerah Kentangsari dengan merampas tanaman petai mereka. Mereka datang menyerang Kentangsari beberapa kali. Namun begitu, setiap serangan dan tipu helah mereka dapat dihalang oleh para pahlawan Kentangsari yang diketuai Kentang Kilau.
Menerusi adegan-adegan ini, kanak-kanak dapat melihat sifat tidak mudah kalah penduduk-penduduk Kentangsari dalam mempertahankan hak milik mereka. Sifat licik bangsa Kritish pula jelas dilihat menerusi niat jahat mereka.
Meskipun watak-watak dalam karya ini merupakan rekaan, pembaca dapat mengaitkan jalan cerita dan watak-wataknya dengan kisah sejarah yang berlaku di Tanah Melayu pada zaman 40-an. Penulis mengkritik penjajah British secara halus dan mengangkat pahlawan-pahlawan Melayu yang menjulang nasionalisme.
Sebagai rumusan, “Kentang Kilau” merupakan bahan bacaan ringan yang sarat dengan pengajaran.
Sebagai buku kanak-kanak, ia memang mudah untuk difahami dan pasti menggelikan hati mereka dengan kandungan yang lucu. Ia juga boleh dijadikan inspirasi untuk kanak-kanak mula mengenali dan mendalami identiti diri sebagai seseorang yang berbangsa dan berjiwa Melayu.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Kentang Kilau
Penulis: Bophairy
Nombor Panggilan: J BOP
Penerbit: Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan: Komikaw, 2024.
Pengulas: Nur Fitri Muhammad Syafran, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.