ePustaka: Kenapa ibu dan ayah sudah tidak tinggal bersama
Apakah kesan perceraian terhadap seorang anak tunggal yang masih kecil?
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: NLB)
SINGAPURA: Apakah kesan perceraian terhadap seorang anak tunggal yang masih kecil?
Bagaimanakah si anak menghadapi ketentuan ini?
Buku bergambar ini berusaha untuk membantu menjawab dua persoalan penting yang dikemukakan tadi.
Nadia yang baru berusia 8 tahun amat tertekan dengan perbalahan yang sering berlaku antara ibu bapanya. Ada ketika, waktu rehatnya terganggu dan hanya mampu melelapkan mata pada kira-kira jam 2.00 pagi sahaja!
Kehidupan keluarganya yang bahagia selama 10 tahun umpana retak menanti belah.
Keadaan tidak tenteram di rumahnya menyebabkan Nadia mengalami tekanan emosi. Setiap kali ibu bapanya bertengkar, beliau akan berasa sangat takut dan sunyi.
Apabila diingati semula ketika di sekolah, perasaan sama kembali menghantui.
Kesan emosi ini terzahir pada dirinya. Air matanya akan mengalir tatkala mencari jawapan bilakah masalah ini akan berakhir.
Bahkan, guru kesayangannnya, Cikgu Laila menegur matanya yang sembab.
Setelah mengetahui kebenaran yang terjadi, Nadia sukar menerimanya. Hasrat untuk melihat kedua ibu bapanya kembali bersama seperti sediakala hanya impian belaka.
Mujurlah, Cikgu Laila mengambil berat keadaan Nadia. Berbekalkan nasihat dan bimbingan Cikgu Laila, Nadia memulakan kehidupan baharu tanpa ibu bapanya tinggal serumah.
Nadia disedarkan bahawa perceraian ibu bapanya bukan suatu hukuman kepada dirinya. Keputusan yang ibu bapanya buat juga tidak menamatkan kasih sayang mereka kepada Nadia. Bahkan, mereka mengambil kira kebajikan dirinya. Justeru, Nadia boleh memberikan ibu bapanya sokongan sebagai tanda beliau turut menyayangi mereka.
Walaupun Nadia perlu tinggal bergilir-gilir dengan kedua ibu bapanya, beliau kekal positif dan memanfaatkan masa beliau bersama mereka sebaik-baiknya. Selepas beberapa bulan, Nadia boleh menerima hakikat ibu bapanya sudah berpisah. Nadia mula mengerti, yang utama ialah mereka semua gembira, kekal menyayangi dan menjaga antara satu sama lain.
Buku bergambar ini sesuai dibaca bersama kanak-kanak menerusi kaedah terbimbing. Apatah lagi isu ini sukar difahami oleh mereka yang mengalami mahupun tidak melaluinya.
Sebagai pembimbing dewasa, sentiasalah bersikap terbuka dan membina jiwa positif dalam diri kanak-kanak yang diamanahkan kepada kita.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku-buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Kenapa ibu dan ayah sudah tidak tinggal bersama
Penulis: Nikhila Kilambi
Penterjemah: Nur Ain Zolkefli
Nombor Panggilan: J Malay KIL
Penerbit: Batu Caves, Selangor : PTS Junior, 2022.
Pengulas: Herman Rothman, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.