ePustaka: Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: NLB)
SINGAPURA: “Orang kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum yang tersangat miskin. Kemiskinan itulah sifatnya yang terlebih sangat lengkap dan nyata daripada sifat-sifat lain kebangsaannya dan ialah juga sebesar-besar kekurangan yang menjadikan mereka kalah atau ketinggalan di belakang dalam perlumbaan kemajuan.”
Tersentap perasaan membaca ayat pembukaan tulisan Pendita Za’ba (Zainal Abidin Ahmad) ini.
Buku terbitan tahun 2024 ini merupakan cetakan semula penulisan Za’ba yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1923 dalam Bahasa Inggeris di akhbar The Malay Mail.
Kedua-dua artikel Za’ba itu, “The Poverty of the Malays” dan “The Salvation of the Malays”, kemudiannya diterbitkan dalam Bahasa Melayu di akhbar Al-Ikhwan pada tahun 1927.
Za’ba tidak segan silu melemparkan kritikan keras tanpa berlapik terhadap bangsa Melayu yang menurut beliau anak mudanya “leka membuang-buang masa dengan kesukaan yang sia-sia” sementara orang-orang tuanya “terpasung dengan kepercayaan bodoh-bodoh dan ketakutan yang bukan-bukan”.
Beliau simpulkan kejahilan ilmu dan kurang daya usaha untuk bersaing serta berdikari menunjukkan orang Melayu masih daif dan dayus seperti anak kecil.
Begitupun, Za’ba menaruh harapan besar bangsa Melayu dapat bangkit dengan menyenaraikan beberapa perkara yang wajib dilakukan untuk mengatasi “kemiskinan perangai” yang membelenggu masyarakatnya.
Beliau menekankan konsep “bekerja sama-sama” (co-operation) di mana “perubahan besar hanya dapat dihasilkan dengan persatuan”.
Beliau menggalakkan pembaca bersatu untuk bersama-sama menubuhkan atau menyertai persekutuan sekali gus menyokong persekutuan-persekutuan tersebut dalam usaha mengumpulkan dana bagi para pelajar; menjalankan kursus melatih tukang jahit, tukang emas, tukang kasut dan sebagainya agar orang muda ada kepandaian berguna untuk menyara kehidupan; dan menyemarakkan budaya ilmu dengan menghimpun bahan bacaan di ruang-ruang awam.
Selepas 100 tahun, apakah pengamatan Za’ba masih relevan? Kata pengantar daripada Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim, seolah-seolah membayangkan “kemiskinan perangai” masih belum terhakis sepenuhnya dalam masyarakat kita.
Sama ada kita setuju atau tidak dengan apa yang dibentangkan oleh Za’ba, tetap para pembaca masih boleh mengambil iktibar daripada penulisan beliau ini.
Seruan beliau untuk kita bangkit, berusaha bersama-sama dengan kesungguhan untuk meningkatkan diri dan masyarakat merupakan peringatan yang berguna agar kita tidak mensia-siakan peluang untuk berjaya dalam kehidupan.
Buat mereka yang rasa kekok untuk membaca tulisan Melayu gaya lama, buku ini juga memuatkan artikel asal dalam Bahasa Inggeris.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk: Kemiskinan Melayu dan Jalan Kepulihannya
Pengarang: Za’ba
Penerbit: Sepang, Selangor: Kalam Budi, 2024.
Nombor Panggilan: Malay 330.9595 ZAB [BIZ]
Pengulas: Mazelan Anuar, Pustakawan Kanan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/AW/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.