ePustaka: Kecoh Di Lereng Bukit
Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Tahun ini, Singapura bakal menyambut ulang tahun kemerdekaannya yang ke-60.
Tidak dapat dinafikan, sebagai sebuah negara yang kecil, banyak kemajuan yang telah dicapai dalam jangka masa yang agak singkat.
Selain kemajuan dari segi perkembangan dan pertumbuhan ekonomi, Singapura juga terkenal dengan masyarakatnya yang berbilang kaum, bangsa dan budaya.
Pada masa yang sama, tidak dapat dinafikan juga bahawa tidak akan ada kemajuan tanpa pengorbanan. Persoalannya adalah, apakah yang telah dikorbankan?
Bagi masyarakat Melayu Singapura, beberapa perkara yang pernah suatu waktu dahulu menjadi sebahagian daripada institusi masyarakat, tidak lagi wujud dek dimamah arus pemodenan. Ini termasuklah sekolah aliran Melayu dan juga akhbar Bahasa Melayu yang menggunakan tulisan Jawi.
Malah, dikhuatiri maklumat sedemikian akan pupus dari ingatan sosial masyarakat, terutama sekali generasi muda, sekiranya tiada usaha yang berterusan untuk memastikan ia tidak hilang dari lembaran sejarah.
Sastera merupakan wadah yang sering digunakan bagi merakamkan pelbagai peristiwa dalam sejarah.
Seperti yang pernah ditulis oleh seorang teman, Pustakawan Kanan Allahyarham Juffri Supa’at, dalam makalah beliau yang bertajuk “Karya Sastera sebagai Tapak Ingatan Sosial”, tempat, peristiwa dan watak dalam sesebuah karya sastera merupakan tiga unsur penting yang dapat mencetuskan ingatan sosial.
Melalui karya sastera, pembaca akan dapat membayangkan tempat dan peristiwa dalam sejarah yang dipaparkan penulis sekali gus mengaitkan kisah yang diceritakan dengan pencerapan dan pengalaman mereka sendiri.
Salah satu karya tempatan yang menggunakan pendekatan ini ialah novel kanak-kanak “Kecoh Di Lereng Bukit” karya Nur-El-Hudaa Jaffar dan diterbitkan oleh Calico Tales pada awal tahun 2025.
Berlatarbelakangkan Singapura pada tahun 1957, ia mengisahkan tentang penculikan seorang kanak-kanak lelaki yang merupakan anak kepada seorang tauke Cina.
Selain mengandungi unsur saspens, watak-watak dalam novel ini juga membuat alur cerita lebih menarik. Seperti contoh watak Adi, seorang kanak-kanak berumur sembilan tahun yang menyeret selipar merah ke mana saja dia pergi, dan menjadikan selipar itu berbagai-bagai benda lain dan haiwan mengikut imaginasinya.
Novel ini pastinya akan menarik minat para pembaca berumur 10 hingga 12 tahun.
Di samping kesedaran terhadap sejarah, ia juga membangunkan kesedaran terhadap hubungan antara golongan majikan dan para pekerja di mana terdapatnya jurang perbezaan dari segi kehidupan, aspirasi serta peluang memajukan diri. Contohnya, anak tauke berpeluang dihantar belajar ke luar negara, sementara anak seorang pekerja pula perlu diberhentikan sekolah disebabkan kesempitan wang.
Pada masa yang sama, dipaparkan juga hubungan erat antara kaum pada zaman itu, yang lebih bersifat organik tanpa perlu dipaksa-paksa.
Akhir kata, di sebalik “kekecohan” ini, tetap terpancar sinar yang memutikkan kemesraan dan jalinan persahabatan.
Lungsuri laman katalog https://catalogue.nlb.gov.sg untuk mendapatkan maklumat lanjut bagi meminjam buku ini di perpustakaan NLB.
Tajuk Buku: Kecoh Di Lereng Bukit
Penulis: Nur-El-Hudaa Jaffar
Penerbit: Singapura: Calico Tales, sebuah imprin Pustaka Islamiyah Pte Ltd, 2025
Nombor Panggilan: J SING NUR
Pengulas: Muhammed Shahril Shaik Abdullah, Pustakawan, NLB

Sumber : BERITA Mediacorp/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.